in

Tempat Michael Jackson Dikebumikan

Tempat pengebumian Michael terus jadi misteri

LOS ANGELES: Misteri masih menyelubungi kematian Michael Jackson, termasuk lokasi sebenar Raja Pop itu dikebumikan apabila hari ini satu lagi majlis penghormatan terakhir bagi keluarganya diadakan di kampung halamannya di Gary, Indiana.

Datuk Bandar Gary mengumumkan bahawa upacara penghormatan terakhir khusus bagi keluarga terdekat Jacko akan diadakan lewat hari ini dengan turut dihadiri ayah Michael, Joe.

Serentak pengumuman itu, ia menambahkan lagi spekulasi di mana Micheal akan dikebumikan atau penyanyi itu sudah dikebumikan beberapa hari lalu. Keranda bersadur emas dua hari lalu dibawa pada upacara penghormatan terakhir di Staples Center di Los Angeles, tetapi setakat ini tiada pengesahan penyanyi itu sudah dikebumikan.

Nielsen, sebuah syarikat rating tv berkata, sejumlah 31.1 juta rakyat Amerika mengikuti siaran langsung upacara penghormatan terakhir Jacko. – AFP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jermaine dan Ibu Michael Jackson Bertengkar

Michael Jackson Gay?