in , ,

Tempahan iPhone 15 Hari Ini Tapi Makan Bulan Jugak Baru Sampai

Apple Malaysia telah pun membuka pra-tempahan untuk iPhone 15 secara rasminya sejak Jumaat lepas. Ketika pembukaan pra-tempahan sendiri, ia dilihat seperti menerima permintaan tinggi dan dalam masa beberapa jam sahaja memperlihatkan tempoh penghantaran pada minggu pertama Oktober.

Terbaru, semakan portal Amanz memperlihatkan tempahan untuk iPhone 15 Pro Max melalui laman rasmi Apple memperlihatkan pengguna hanya akan menerimanya dalam tempoh melangkaui sebulan, atau pada awal November.

Tempoh yang lebih kurang sama juga diperlihatkan untuk tempahan iPhone 15 Pro.

Untuk model iPhone 15 pula, ia memperlihatkan sekitar minggu kedua Oktober, dan untuk model iPhone 15 Plus memperlihatkan tarikh penerimaan paling awal, iaitu pada 3 Oktober 2023.

Selain melalui laman Apple, pengguna juga turut boleh membeli melalui sejumlah pengedar rasmi Apple di Malaysia, dan juga syarikat telekomunikasi.

Kredit: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ibu Mondy Dedah Ustaz Derry Sulaiman Takut-Takutkan Keluarga

SHILA AMZAH

Suami Shila Amzah Jawab Dakwaan Bakal Bercerai, Kurang Ajar Posting FB!