Pejam-celik pejam celik, dah masuk bulan Disember. Tak lama lagi kita akan sambut tahun baru 2015. Seperti yang korang sedia maklum, jadual Budiey akan padat dan sibuk giler menjelang bulan Januari. Haaa, sibuk dengan apa lagi kalau bukan Party Ulangtahun Budiey.com yang ke-8. Sekarang tengah sibuk cari penaja dan lokasinya dah pun ditetapkan iaitu di Avenue K. Bermula bulan ini, segala perancangan tengah dibuat. Masa sangat suntuk dah rasanya sampai nak makan pun tak sempat dah.
Nak tak nak, Budiey kena order makanan dari luar. Kalau boleh tak naklah restoran yang sama setiap hari. Asyik makan makanan segera tak elok jugak kan? Sekarang bila dah ada www.foodpanda.my, hidup makin mudah dan jimat masa Budiey.
Yang penting, semua restoran kegemaran ada dalam senarai di Food Panda ni. Tak caye, korang cubalah masuk tengok senarai restoran dan makanan yang ditawarkan.
Mesti ada di antara korang tak biasa mendengar Food Panda ni, kan. Jadi, dalam entri ini Budiey nak cerita sikit pengalaman pertama menggunakan servis Food Panda ni. Memang ohsem. Macam tak percaya pulak ada servis macam ni kat Malaysia. Baguslah sebenarnya servis penghantaran makanan dari restoran terpilih terus langsung sampai ke pintu rumah macam ni.
Nak mudah dan senang kerja, Budiey muatturun aplikasi Food Panda di telefon bimbit dan gadget peranti yang tersedia di Google Play dan Apple Store.
Any time je boleh order. Pendek kata, setiap hari order pun tak kisah sebab Budiey sangat berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran yang dibuat. Cepat dan makanan yang kita dapat itu masih lagi panas dan segar dihantar terus di depan pintu rumah.
Untuk info pembaca, cara pembayaran pula cukup mudah di mana kita diberi dua pilihan samada membayar menggunakan kad kredit atau bayar semasa makanan sampai di tangan kita atau lebih dikenali sebagai COD. Mudah dan sempoi kan?
Apabila jadual Budiey terlalu sibuk dengan events, meeting dengan client dan sesi temubual bersama selebriti, nak tak nak Budiey terpaksa juga menempah makanan untuk isteri yang sibuk bekerja di rumah. Kadang-kadang isteri Budiey juga tak sempat nak masak.
Maklumlah, dia pun dua kali lima sibuk macam Budiey. Terlalu kesian melihat dia makan menu yang sama, sekali sekala Budiey menggunakan servis Food Panda untuk bikin kejutan untuk si isteri kat rumah. Sekali sekala kenalah belanja isteri makan makanan yang best lazat dan ohsem. Maklumlah, jadual Budiey tak menentu. Kadang-kadang terpaksa balik lewat malam. Bayangkanlah, pagi, petang dan malam, sentiasa ada events. Memang tak sempat nak masak pun.
Sebenarnya, order makanan melalui Food Panda tak banyak beza dengan order makanan di restoran. Seteleh memilih menu, kita hanya perlu tunggu dalam 30 hingga 45 minit macam tu sehinggalah makanan sampai ke tangan kita. Jadi tak perlulah nak masak sebab bila masak ni leceh sikit sebab Budiey rasa membazir masa je. Baik tempah makanan dengan menggunakan servis Food Panda ni senang citer. Jadi, kat sini dah #save1hour Haaa, jimat masa kan? Walaupun 1 jam tapi 1 jam itu cukup berharga untuk Budiey yang sentiasa mengejar masa. Bahkan bagi Budiey 5 minit itu pun sangat berharga tau. Banyak benda boleh siapkan dalam masa 1 jam. Betul tak?
Kali pertama menggunakan servis Food Panda ni, Budiey order satu set grilled salmon dari TGI Fridays. Sambil buat kerja tu, sambillah menunggu makanan sampai. Haaa, seperti yang dijanjikan masakan pun sampai. Terima kasih kepada warga kerja Food Panda yang buat servis tip-top punya. Makanan yang sampai pun masih panas seperti dikeluarkan dari oven.
Oh ya, jika misal kata makanan yang ditempah tu lambat sampai, korang akan diberikan voucher RM10 sebagai ganti rugi. Best la kan? Jadi, voucher tu bolehlah digunakan di lain masa pulak. Bukan itu sahaja, Food Panda akan memberikan voucher potongan harga RM10 kepada pelanggan terbaru mereka sempena dengan #Save1Hour. Jadi, kepada anda pelanggan yang mencuba buat kali pertama order dengan Food Panda ni, layaklah mendapat potongan RM10 di atas pembelian ini.
Nah ini makanan yang Budiey hari tu. Puas hati dengan servis macam ni. Kan best kalau dari dulu lagi ada servis penghantaran makanan kat sini. Jimat betul masa. Jimat! #Save1Hour pun jadikla kan. Korang kena cuba order dan alami sendiri pengalaman menerima makanan segar dari restoran terus ke muka pintu rumah anda.
Tambahan pula sekarang ini, Food Panda menganjurkan satu peraduan di mana korang boleh memenangi hadiah yang ohsem seperti iPhone6. Hui, siapa yang tak nak iPhone6 kan? Semua orang nak. Mana tahu, telefon pintar kegemaran ramai ini bakal menjadi milik korang dengan hanya menggunakan servis dari Food Panda ni?
Selain hadiah iPhone6, Food Panda juga menawarkan hadiah lain seperti XBox One dan Food Panda voucher bernilai RM100 setiap minggu. Jadi tunggu apa lagi, kawan-kawan… ini masanya nak merasa servis yang menjimatkan masa korang!
Caranya mudah je. Hanya LIKE Fanpage Food Panda Malaysia, kemudian ikut langkah-langkah yang diberikan dan korang perlu mengisi slogan berupa pendapat anda. “What you would do if you could save 1 hour by using foodpanda.” Cukup simple dan mudah sahaja. Korang tak reti nak jawab dalam bahasa Inggeris, boleh jawab dalam Bahasa Melayu, haaa, kita kan tinggal di Malaysia. Jadi, takde masalah pun.
Peraduan ini akan tamat pada 8 Disember 2014. Korang boleh hantar penyertaan pada setiap hari Khamis sehingga hari Ahad dan pemenang pula akan diumumkan pada setiap hari Isnin yang berikutnya.
Untuk info lanjut, sila layari: https://www.facebook.com/FoodpandaMalaysia