Selain dapat ditonton di Youtube, lagu TEMBERANG juga mendapat sambutan dan didengari oleh peminat di platform penstriman yang lain termasuklah Spotify. Kalau di Youtube, klip video TEMBERANG didapati telah turun menjunam di tangga ke-empat carta trending di YouTube Malaysia.
Biasalah tu, sekarang ni jarang nak tengok sesebuah video tu akan melekat trending sampai empat minggu kat ruangan trending di Youtube. Dapat trending dalam satu minggu tu pun dah cukup bagus dah tu.
Menurut Ayda Jebat, beliau sendiri tidak sangka sambutan yang diterima sangat positif dan orang ramai memberi maklum balas yang sangat baik.
Lagu Temberang menampilkan irama pop yang mengandungi sedikit elemen dangdut dan muzik timur tengah. Muzik video ini turut menampilkan dua orang pelakon kacak, JC Chee dan Sean Lje.
Versi digital lagu Temberang juga sudah dilancarkan secara rasmi menerusi semua pelantar digital bermula 28 Disember lalu.