Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Kita sedia bantu,†katanya ringkas.
JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pukul 9 malam kelmarin.
Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri.
TEMAN LELAKI SAJAT CABAR PENGUATKUASA
Semua sedia maklum bahawa lelaki yang berasal dari Iran bernama Jadoss adalah teman lelaki kepada usahawan Sajat. Dengan kekecohan pihak JAIS mencari Sajat, Jadoos telah memuat naik 1 status di laman Facebook dia sendiri tentang itu.
“Kalau rasa anda boleh jumpa dia, sila ambil ini ****â€
Status yang memprovokasi pihak penguatkuasa dalam usaha mencari Sajat disertakan dengan tanda emoji ‘mencarut’ mengundang kecaman netizen.
“Waaahhh.. Looks like someone is challenging the authority.. Don’t be surprised if the PDRM come knocking on your door.. If that happens, don’t give your muka seposen when your face is out on TV with police around you escorting you to the policecarâ€
“Dengan manusia kamu berani la 2 ekoq ni. Dengan hukum Alllah berani sungguh engkau cabarâ€
Gempar! Pengarah & Suami Aktres Terkenal DM Teman Lelaki Nur Sajat?
Kontroversi mengenai usahawan sensasi Nur Sajat telah menarik ramai perhatian untuk memberi kenyataan termasuklah para selebriti iatu suami kepada seorang aktres yang merupakan seorang pelakon, penulis skrip dan penerbit untuk beberapa buah filem turut memberikan kenyataan mengenai kontroversi usahawan sensasi tersebut.
Menurut tinjauan Murai MY melalui sebuah posting di laman Instagram, aktor ini telah memberikan pengakuan bahawa beliau pernah DM (Direct Message) menegur teman lelaki Nur Sajat, Jadoos.
“MASA MEMULA DIA COUPLE DENGAN LAKI LEBANON TU, SAYA DAH DM MAMAT TU †BRO PLZ CHECK, YOUR GF IS A MANâ€, SAYA CUBA BANTU KOT KOT MAMAT TU TAK PERASAN..†TULISNYA DI RUANGAN KOMEN DI INSTAGRAM.
netizen sempat berseloroh di ruangan komen yang menyatakan bahawa lelaki Lebanon tersebut meminati aktor berkenaan. Walaubagaimanapun, aktor ini hanya membalas bahawa beliau sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
“BANG SAYA RASA LELAKI LEBANON TU MINAT ABANG†– NETIZEN
“HMMMMMM IM MARIED WITH 2 KIDS.â€- KATANYA LAGI
Korang rasa betul ke ni? Mungkin diorang bergurau je tu…
Didakwa ‘Sembunyikan’ Sajat, Dato Aliff Tampil Beri Nasihat Ini Kepada Sahabatnya Itu
Usahawan popular, Datuk Aliff Syukri menasihatkan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih popular dipanggil Nur Sajat, 36, untuk menghormati undang-undang dan agama Islam.
Sebagai sahabat, Aliff berkata, beliau meminta Nur Sajat tidak mempermainkan isu murtad sebaliknya menjadi seorang manusia yang sentiasa mahu berubah ke arah kebaikan.
“Kita sebagai seorang manusia, perlu menghormati undang-undang. Tak salah jika kita mengaku salah. Itu tidak bererti kita kalah. Kita rakyat Malaysia, ada undang-undang yang perlu kita patuhi.
“Sebagai sahabat, saya tak mahu Nur Sajat keluar daripada Islam atau murtad. Jangan tertekan dengan segelintir warganet. Menyerahlah. Ikut garis panduan dan undang-undang,†katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.
Semalam kecoh di media sosial apabila satu video berdurasi 1 minit 45 saat yang tular menunjukkan Nur Sajat mengumumkan dia tidak mahu lagi menganut agama Islam selain mengakui tertekan dengan situasi yang sedang dilaluinya.
Bagaimanapun, klip video tersebut tidak dapat disahkan kesahihannya .
Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.
Pada 23 Februari lalu, Nur Sajat tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding pertuduhan terhadapnya menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.
Dalam pada itu, Aliff berkata, dia sudah lama tidak bertukar khabar dengan Nur Sajat dan mendoakan agar sahabatnya itu sentiasa cekal serta tabah menghadapi ujian Tuhan.
“Saya tidak mahu terlibat dalam urusan dia dan sebenarnya kami sudah lama tidak berhubung. Saya doakan yang terbaik untuk dia,†katanya
“Ambik Kau, Memondan Lah Sangat!†– Diva AA Sindir Sajat?
Nampaknya, isu Sajat turut mendapat perhatian Azwan Ali yang terkenal lancang berkata-kata.
Dalam ciapannya baru-baru ini, pengacara yang turut dikenali sebagai Diva AA itu menyindir seorang usahawan ‘bapok’ dipercayai Sajat.
Walaupun tidak menyatakan nama status itu ditujukan, namun rasanya umum tahu siapa dimaksudkannya.
“Betul ke ada bapok lari sampai tak boleh dikesan JAIS? Siap nyahaktifkan akaun Instagram dia.
“Ambik kau, mem0ndan lah sangat!†perlinya.
Kupasan Menarik oleh Ku Seman Buat Ramai Mula Berfikir
BIARLAH SAJAT HENDAK MURT4D, DIA BUKAN TANDA ARAS KEGAGALAN INSTITUSI ISLAM
Sajat bukanlah siapa-siapa. Sajat tidak ada pengaruh kecuali dalam kalangan yang mabuk kerana menelan hedonisme.
Maka apabila Sajat mengugut untuk keluar agama Islam (murtad), biarlah Sajat dengan jalan yang dipilih. Tidak perlu membuang masa memujuk atau terlebih memikir tentang dia.
Saya sebenarnya rasa loya untuk menulis tentang Sajat. Amat meloyakan. Tetapi terpaksa menulis apabila ada pihak terlebih memberi tumpuan pada isu Sajat, seolah-olah tidak ada isu lain yang lebih penting.
Lebih malang lagi seolah-olah apabila Sajat murtad, gagallah segala usaha institusi agama, birokrat agama dan sekelian pendakwah yang menyeru ke jalan Islam.
Padahal telah banyak terbukti institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah banyak membawa golongan seumpama ini kembali ke pangka jalan.
Tentulah tidak adil kalau Sajat dijadikan pembaris untuk mengukur kejayaan institusi Islam dalam menyebar dakwah Islam. JAKIM telah membuktikan program pemulihan golongan seperti Sajat memberikan hasil yang sangat baik.
Tetapi hanya Sajat memilih untuk tidak pulih, banyak kerenah dan mahu dilayan seolah-olah dia sangat istimewa.
Ternyata bahawa pelakuan Sajat yang menghina Islam, mencabar pihak berkuasa agama seterusnya mengugut hendak murtad hanya kes terpencil. Sangat terpencil.
Pemantapan kefahaman Islam bermula dengan sistem pendidikan rendah, konsistensi institusi Islam dan ekosistem dalam majoriti masyarakat menjurus pada Islam tidak wajar dinilai hanya dengan seorang Sajat.
Tidak perlu ada sesiapa yang merayu kepada Sajat supaya jangan murtad, ini penghinaan kepada Islam seolah-olah Islam ketandusan umat di negara ini.
Memanglah pihak yang anti institusi Islam akan menggunakan isu Sajat murtad sebagai peluru. Biarkan kerana Sajat pun kemungkinan sebahagian daripada puak-puak ini.
Maka pendakwah selebriti pun bolehlah berhentilah memberi kenyataan dakwah yang berjela-jela untuk memujuk Sajat.
Pendakwah selebriti ini mungkin bertambah popular. Pemimpin birokrat agama pun mungkin popular bila bercakap pasal Sajat.
Tetapi apalah ertinya popular dalam kalangan yang hidungnya dicucuk hedomisme? Sajat hanya ikon hedonisme yang sama sekali tidak boleh dijadikan teladan.
Janganlah ada pihak yang hendak tumpang sekaki menganjurkan forum itu dan ini seolah-olah Sajat pencetus isu nasional. Malah mulai sekarang media perlu berhenti menjadi pelobi hedonisme yang membesar-besarkan isu Sajat.
Maka usah terlebih memberi tumpuan pada isu remeh Sajad kerana banyak lagi isu Islam yang menuntut tumpuan dan perhatian.
Watak-watak seperti Sajat sudah berulang kali wujud malah akan terus wujud. Kita perlu bijak menguruskan, pada masa yang sama memastikan tidak ikut ‘menari’ mengikut rentaknya.
*Sumber: Kuseman.com
Muhammad Sajjad Ulangi Ikrar Keluar Islam
Nur Sajat menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial.
Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.
Menurut Muhammad Sajjad, tindakan orang ramai termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bukan memberi iktibar, sebaliknya membuatkannya lebih takut dan berasa lebih baik untuk keluar daripada agama Islam.
“Lepas JAIS keluarkan ‘statement’ (kenyataan), saya sudah malas nak fikir.
“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak. Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah tak nak menjadi orang Islam.
“Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul. Mereka yang buat saya nak keluar daripada Islam. Mereka buat saya lebih jauh daripada Islam,†katanya.
Tangkap layar rakaman video tular di media sosial berhubung pengakuan Muhammad Sajjad untuk keluar daripada agama Islam.
Bagaimanapun, tarikh muat naik video berkenaan tidak dapat dipastikan sama ada ia video baharu atau lama.
Terdahulu, Sajat dikenakan w4ran tangkap selepas gagal hadir ke mahk4mah pada sebutan semula kesnya Selasa lalu berhubung isu berpakaian wanita pada 2018.
Malah, penyanyi lagu Bobo Dimana itu juga sempat memuat naik beberapa posting berbaur sind1ran di laman Instagram dipercayai ditujukan kepada penguat kuasa JAIS sebelum akaun miliknya dinyahaktifkan.