RAMADAN SATU PERJUANGAN – OLEH TUAN HAJI BUKHARI CHE MUDA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TVALHIJRAH
TV AlHijrah memilih tema RAMADAN SATU PERJUANGAN. Ramadan adalah satu perjuangan dan tuntutan yang memerlukan semangat juang untuk melaksanakannya. Apatah lagi jika dipandang juga dari sudut dalaman – bahawa Ramadan bukan hanya menahan lapar dan dahaga dari fajar hingga senja tetapi juga menahan nafsu dari larangan Allah dalam kita menjalani tuntutan hidup ini.
Rasulullah S.A.W bersabda, “Puasa adalah perisai. Maka barangsiapa di antaramu sedang berpuasa janganlah berkata keji dan jahil, jika ada orang yang menyerang atau memakimu, katakanlah, Aku sedang berpuasa! Aku sedang berpuasa!†( H.R Bukhari Muslim )
Abu Hurairah r.a telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan dosa- dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Malik, Ahmad dan Baihaqi-
TV AlHijrah menyambut dan mengimarahkan bulan mulia ini dengan menambah waktu siaran kepada 24 jam pada hari Jumaat, Sabtu serta Ahad. Manakala pada Isnin sehingga Khamis TV AlHijrah akan bersiaran selama 18 jam dari jam 12.00 tengahari sehingga 6.00 pagi.
Ini bermakna sepanjang bulan Ramadan, waktu siaran jumlah TV AlHijrah telah ditambah menjadi 144 jam seminggu berbanding siaran biasa sebanyak 102 jam seminggu. Pertambahan waktu siaran ini adalah berdasarkan hasrat TV AlHijrah memberi pengisian yang lebih bermakna bagi penjadualan rancangan televisyen yang sesuai dengan bulan Ramadan dalam pelbagai ‘genre’ untuk memenuhi selera penonton dengan kandungan Islam yang kreatif dan menarik walaupun TV AlHijrah baru berusia kira-kira 7 bulan.
Sempena RAMADAN SATU PERJUANGAN TV AlHijrah akan menayangkan 17 program baru pelbagai genre. Antaranya MUHASABAH RAMADAN, TADDARUS AL QURAN, RAMADHAN DI AUSTRALIA, JUADAH IFTAR, RESEPI UMI, MAN JADA WA JADA, ONE MONTH RAMADAN IN KUALA LUMPUR, CHEF, UMME, HOSTEL RAMADAN, MY FASTING dan FATTABIOUNI.
AYAT RIWAYAT
DOKUMENTARI
MULAI 1HB OGOS 2011
SETIAP ISNIN-AHAD
6.30 PETANG
AYAT RIWAYAT adalah sebuah dokumentari pendidikan berkisar tentang kisah-kisah yang diceritakan oleh Allah di dalam kitab suciNYA Al-Quran untuk dijadikan contoh serta tauladan buat umat sekalian alam. Kisah-kisah umat terdahulu seperi mereka yang hidup aman serta makmur dibawah bimbingan para Rasul utusan Allah dan juga kisah umat-umat yang dipupuskan dan hilang dari pandangan dunia akan diceritakan secara terperinci dengan membuat kupasan berdasarkan Al-Quran dan lokasi peristiwa tersebut. Objektif utamanya ialah untuk memberikan santapan rohani dan meninggalkan kesan yang positif dihati penonton. Tempoh pengambaran mengambil masa 68 hari melibatkan beberapa buah negara seperti Sri Lanka , India, Jordan, Lubnan, Turki, Arab Saudi
UMME
DRAMA THAILAND
MULAI 1HB OGOS 2011
SETIAP ISNIN- KHAMIS
6.00PETANG
UMME merupakan sebuah siri drama pertama Thailand yang berunsurkan Islam yang telah berjaya mendapat sambutan baik daripada penonton di Thailand. Umme mengisahkan perjalanan kehidupan seorang wanita, ibu dan juga balu yang kehilangan suaminya sewaktu insiden pemberontakan di Thailand. Memikul tanggungjawab untuk membesarkan 2 orang lelaki dan ibu tirinya, Umme tidak pernah putus asa dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi memastikan kehidupan mereka diteruskan. Saksikan drama bersiri Umme yang pertama kalinya disiarkan di televisyen Malaysia.
CHEF
DRAMA IRAN
MULAI 1HB OGOS 2011
SETIAP ISNIN- KHAMIS
3.30PETANG
Program yang mendapat rating yang tinggi di negara Iran dengan barisan pelakon terkemuka Iran. CHEF merupakan sebuah restoran terkemuka di Iran yang dikendalikan oleh sepasang suami isteri. Si suami bertindak sebagai Chef manakala isterinya sebagai Pengurus. Pelbagai kisah kehidupan akan ditemui di dalam drama bersiri 26 episod ini. Pasangan ini bersama anak-anak mereka telah diuji dengan pelbagai insiden yang benar-benar menguji kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang terbina.
REFLECTION
MULAI 1HB OGOS 2011
SETIAP ISNIN-AHAD
11.30 MALAM
MAJALAH
REFLECTION merupakan satu program berteraskan agama, program yang bertujuan memotivasikan diri di dalam bahasa Inggeris. Skop perbincangan adalah terbuka, semasa dan ilmiah. Objektif rancangan adalah untuk membuka minda masyarakat Malaysia dan antarabangsa daripada pelbagai keturunan agar sedar dan bangkit memperbaiki kelemahan diri secara amnya dan seluruh umat Islam secara khasnya. Antara pendakwah program ini adalah seperti Imam Suhaib Webb dari New York.
MULAI 1HB OGOS 2011
SETIAP ISNIN-AHAD
4.30 PETANG
IHYA’ RAMADAN
MAJALAH
IHYA’ RAMADAN Sebuah rancangan dakwah interaktif bersama-sama penonton sepanjang Ramadan, setiap hari jam 4.30 petang secara langsung yang menyentuh tentang perkara berkaitan peningkatan dalam amalan puasa. Penonton akan berpeluang untuk mendengar kuliah interaktif dari Ustaz Don Daniyal dan pada yang sama bersoal jawab melalui telefon.
MULAI 1HB OGOS 2011
SETIAP ISNIN-AHAD
10.30MLM
TAZKIRAH RAMADAN
MAJALAH
TAZKIRAH RAMADAN merupakan sebuah program terbitan dalaman TV AlHijrah berdurasi selama 5 minit. Program ini akan menyiarkan kapsul-kapsul pendek berbentuk tazkirah dengan pesanan-pesanan hikmah daripada Ulama’ Mufti dan mereka yang arif dalam bidang Islam. Program ini akan membuat kupasan kelebihan ibadat di bulan Ramadan, bulan yang turut dikenali sebagai bulan pesta ibadah.
MULAI 6HB OGOS 2011
SETIAP SABTU
5.30 PETANG
KASIH RAMADAN
MAJALAH
KASIH RAMADAN merupakan sebuah program, terbitan dalaman TV AlHijrah yang menvisualisasikan kasih sayang yang diterap ketika bulan ramadhan secara ukhwah. Penonton akan dibawa bersama-sama untuk menghayati kisah suka dan duka mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, golongan kurang upaya, nelayan kelanang dan lain-lain. Personaliti TV AlHijrah akan turun padang melakukan aktiviti bersama seperti memasak juadah berbuka, solat terawikh dan membantu menyediakan persiapan raya. Golongan terpilih yang akan disiarkan di dalam Kasih Ramadan adalah saudara baru Orang Asli Sungai Lui Hulu Langat, ibu tunggal 14 orang anak yang fakir miskin, keluarga OKU PPRT yang cacat anggota kaki dan saudara baru PERKIM yang pertama kali berpuasa yang juga hidup di dalam golongan yang susah.
MULAI 7HB OGOS 2011
SETIAP AHAD
5.30PETANG
RAMADHAN DI AUSTRALIA
MAJALAH
RAMADAN DI AUSTRALIA adalah program istimewa Ramadan dan Syawal yang akan memaparkan kehidupan kumpulan musik berkonsepkan nasyid rap Brothahood sebagai golongan Muslim minoriti di Melbourne, Australia. Penonton akan disajikan serba sedikit pengalaman mereka meraikan perjuangan Ramadan serta merayakan kemenangan Syawal
MULAI 1HB OGOS 2011
SETIAP ISNIN
9.30 MALAM
MAN JADA WA JADA
MAJALAH
MAN JADA WA JADA ialah sebuah program CSR pertama dengan kerjasama sepenuhnya bersama Bank Islam dan Yayasan Basmi Kemiskinan bermatlamat untuk membantu mengubah taraf hidup masyarakat kepada yang lebih baik sebagaimana Islam sendiri menerapkan nilai-nilai positif dalam usaha seperti bekerjasama.
MULAI 1HB OGOS 2011
SETIAP ISNIN- KHAMIS
7.00 MALAM
FATTABIOUNI
PELBAGAI
FATTABIOUNI atau maksudnya ikut Sunnah Rasullullah adalah program yang menyampaikan nasihat-nasihat tentang pengajaran daripada Nabi Muhammad SAW dalam bentuk yang menghiburkan menggunakan grafik dan visual yang menarik.
MULAI 5HB OGOS 2011
SETIAP JUMAAT-AHAD
6.00 PETANG
HOSTEL RAMADAN
DRAMA TEMPATAN
HOSTEL RAMADAN merupakan sebuah drama kanak-kanak yang mengisahkan ragam kehidupan para penghuni asrama ketika kali pertama menyambut bulan Ramadan. Dibintangi oleh pelakon tanahair seperti Anne Ngasri, Muhammad Syami Abd Hamid, Mohammad Amir Aizat dan Daniel El-Arash , para penonton pastinya terhibur dengan gelagat mereka yang melucukan.
MULAI 5HB OGOS 2011
SETIAP JUMAAT-AHAD
5.20 PETANG
MY FASTING
ANIMASI
MY FASTING merupakan sebuah animasi kanak-kanak yang akan menarik minat adik-adik untuk sama-sama menerapkan dari awal akan kepentingan dan kelebihan mengerjakan ibadah Puasa. Menggunapakai watak-watak comel interaktif, adik-adik akan dihidangkan dengan judul-judul terbaik setiap episod seperti adab berpuasa, perkara yang membatalkan puasa dan lain-lain.
MULAI 2HB OGOS 2011
SETIAP SELASA & RABU
5.30PETANG
RESEPI UMI
MAJALAH
RESEPI UMI sebuah rancangan yang mengetengahkan peranan yang dilaksanakan oleh seorang ibu dalam memelihara keharmonian keluarganya. Menjadikan masakan sebagai elemen utama, namun turut ditekankan elemen informasi dan teladan dalam mengangkat martabat seorang ibu umumnya dan kaum wanita khususnya. Paparannya merangkumi kepelbagaian resepi masakan yang disediakan oleh kaum ibu untuk santapan ahli keluarga. Resepi yang dipertontonkan pula merupakan resepi yang menggunakan bahan-bahan yang halal.
MULAI 4HB OGOS 2011
SETIAP KHAMIS & JUMAAT
5.30PETANG
JUADAH IFTAR
MAJALAH
JUADAH IFTAR merupakan sebuah program masakan 10 episod yang disampaikan secara santai oleh Chef selebriti terkenal, Chef Iskandar. 2 juadah menarik setiap episod pastinya akan memberi manfaat kepada penonton di dalam menyajikan makanan menarik serta berkhasiat bagi berbuka puasa serta bersahur.