in

Tema The Green Wedding di Majlis Resepsi Amber Chia & Adrian Wong

Majlis  Resepsi supermodel terkenal, Amber Chia & Adrian Wong berlangsung semalam (28 April 2010) dalam suasana yang sangat santai dan ringkas sekali. Tapi masih lagi tampak meriah kerana yang hadir semuanya rakan baik, klien serta rakan media yang banyak membantu karier personaliti ini.

Segala perancangan diaturkan oleh Rafflesia sebagai penganjur memandangkan orang besar Rafflesia adalah rakan baik kepada Amber Chia dan mereka saling bekerjasama sekian lama.

Jadi, Amber Chia hanya datang ‘sehelai sepinggang’ kerana semuanya ditaja oleh Rafflesia. Budiey diberitahu oleh wedding planner dan juga PR Rafllesia, Bill Bora, kata beliau, tema chinese wedding ni tak seperti wedding lain. Kali ini, beliau mahu menyuntik suasana yang tenang dengan memilih warna putih dan hijau. Jadi, tema The Green Wedding ini sangat sesuai dengan citarasa Amber Chia sendiri yang sukakan ketenangan dan santai.

Budiey kira, Amber Chia sangat bertuah kerana sampai kini, masih ramai rakan-rakan yang masih menyokong karier beliau.

Berpeluang untuk bersama dengan media lain dalam majlis seperti ini, Budiey kira satu pengalaman yang sangat menarik. Selain daripada memilih warna hijau, hidangan yang disajikan oleh chef berpengalaman juga mempunyai konsep yang menyihatkan. Semua makanan yang disajikan bebas dari unsur yang tidak menyihatkan dan kurang kolestrol.

Jam 8.15 malam, majlis bermula dengan Amber Chia dan suaminya Adrian diiring masuk ke dewan. Majlis yang dihoskan oleh Bill Bora ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh beliau sendiri. Penghargaan diberikan kepada semua yang terlibat, pereka fesyen Ezuwan Ismail & Lord’s Taylor, dekor & susun atur gubahan oleh Naz, kasut ditaja oleh Bill Keith dan ramai lagi nama-nama yang disebut sebagai tanda terima kasih.

Tetamu yang hadir juga turut teruja apabila melihat gambar-gambar perkahwinan rahsia Amber & Adrian di Bali yang ditayangkan di slide video.

Persembahan pertama, Diana Danielle dan Ash menyanyikan sebuah lagu mandarin yang diolah ke dalam bahasa Melayu. Diana Danielle mengenakan baju rekaan Ezuwan Ismail manakala Ash pula menggayakan rekaan Lord’s Taylor.

Jam 9 malam, penyanyi bersuara lantang, Alyah dijemput untuk mendendangkan lagu LeAnn Rimes – How Do I Live Without You.

Kemudian, hos menjemput Amber dan suami untuk memberikan sepatah dua kata. Kerana rasa terharu sangat, Amber Chia hampir nak menitiskan air mata.

Suki pula menyanyikan lagu yang sangat ceria, sebuah lagu Inggeris dan lagu mandarin dengan menjemput sekali orang kuat Rafflesia dan suaminya menari di pentas.

Atas permintaan, Diana Danielle dan Alyah bergabung untuk lagu Celine Dion, I’m Alive. Ternyata, Diana kurang bersedia, jadi terpaksalah melihat di lirik di hensetnya.

Kawan baik kepada Amber iaitu Daphne Iking dijemput untuk memberikan ucapan. Banyak cerita yang diperkatakan kerana Daphne Iking memang tahu tentang cerita sebenar seperti bagaimana cinta Amber dan bekas pengurus Daphne, Adrian ini bermula.

Persembahan terakhir, Ning Baizura menghiburkan tetamu dengan 3 buah lagu iaitu Kau & Aku, Sway dan sebuah lagu Inggeris yang rancak. Ning mengajak semua yang hadir menari bersama-sama.

Semoga Amber Chia dan suami terus bahagia di alam rumahtangga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Diana Danielle di Amber Chia Reception

Video Kenangan Project Alpha Reunion di Kuching Sarawak