in

Telemovie Tema Cinta Mac di RTM

RAIKAN CINTA : SLOT CERITERA CINTA SEPANJANG MAC 2011 DI RTM

Rasa cinta dan sayang sememangnya wujud dalam setiap sekeping hati manusia. Namun terpulang kepada setiap individu itu bagaimana untuk menyemarakkannya dan kepada siapa ingin dikongsi perasaan suci tersebut.

Dalam meraikan kesetiaan peminat setia salurannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang bulan Mac ini menghadiahkan tayangan telemovie-telemovie dengan plot kisah cinta yang mengasyikkan. Dengan menampilkan pelakon-pelakon seperti Puteri Sarah, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Intan Ladyana, Tania Hudson dan Memey Suhaiza, penonton pastinya teruja dengan penyampaian cerita yang santai dan watak-watak yang diketengahkan semuanya secara bersahaja.

Bakal mengisi slot terbaharu Ceritera Cinta yang disiarkan setiap Jumaat, jam 3.30 petang di TV1, tiga telemovie menyemarakkan cinta di RTM iaitu bermula dengan tayangan drama Gamitan Bayu Kasih (11 Februari 2011), Cinta Terlepas Pandang (18 Februari 2011) dan Dekat Padaku (25 Februari 2011).

Gamitan Bayu Kasih mengisahkan watak Ika, Misha dan Yuna adalah pelajar yang ditugaskan untuk membuat kajian pertanian di sebuah kampung. Ika telah berkenalan dengan Remy seorang pemuda kampung. Namun hubungan keduanya tidak direstui Misha dan Yuna yang sememangnya tidak selesa berada di kampung memandang rendah terhadap Remy. Mereka menganggap Remy hanya memperalatkan Ika kerana status Ika sebagai anak orang kaya. Telemovie penuh adegan romantik ini menggandingkan pasangan kekasih Puteri Sarah bersama Ammar Alfian sebagai watak utama dibantu oleh Hamidah Wahab, Zulkifli Zain dan Zaidi Omar.

Hubungan cinta sahabat di antara dua sahabat baik yang terpendam pula melatari drama Cinta Terlepas Pandang lakonan Ammar Alfian, Intan Ladyana dan Memey Suhaiza yang disiarkan kepada penonton minggu seterusnya. Kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak Lea dan Dickie, dua sahabat yang rapat sehinggakan Lea sanggup bekerja dengan bapa Dickie semata-mata untuk berada di sisi Dickie. Namun Dickie seperti tidak memahami perasaan Lea terhadapnya. Dickie suka berpoya-poya dengan wanita. Ini membuatkan Lea mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Semasa ketiadaan Lea barulah Dickie sedar yang dia sememangnya mencintai Lea. Apabila mereka bertemu semula, Lea memberitahu Dickie yang dia akan bertunang. Berita itu amat mengecewakan Dickie.

Sebuah lagi drama cinta yang diketengahkan bertajuk Dekat Padaku, kisah Aril dan Hani telah berkawan sejak kecil lagi. Walaupun Aril mencintai Hani tetapi perasaan itu hanya dipendamkan dalam hati. Aril hanya mampu meluahkan perasaannya melalui internet dengan menggunakan nama Yellowbarney. Melalui alam maya mereka berbual-bual dan Hani telah jatuh cinta Yellowbarney. Namun apabila rahsia Aril terbongkar Hani sungguh kecewa apabila dia merasa Aril telah menipunya.

Ikuti kesudahan drama penuh adegan romantik lakonan hebat Gambit Saifullah dan pasangannya Tania Hudson ini di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Stacy di Event Wall’s Cornetto Beri 100ribu Aiskrim

8TV New York Festivals International Television & Film Awards