Namun banyak kejadian seperti melarikan diri, menangis dan menjerit bila dikaitkan dengan berkhatan. Macam-macam kejadian lucu yang hakikatnya dibawa mereka untuk diceritakan kepada generasi seterusnya. Kisah ini dijadikan jalan cerita dalam telemovie bertajuk Rumi Masuk Jawi yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 16 Disember ini, pukul 10.05 pagi di TV1.Â
Menampilkan pelakon Shamsuddin Che Pak, Ammar Mohd. Asri, Ahmad Ammar Sa’arif, Kismah Johar dan Izz Ilham, telemovie arahan Mior Hashim Manap menonjolkan kisah kekeluargaan yang berlaku dalam masyarakat kita bila mana seseorang anak itu mahu dikhatankan.Â
Gerun Tengok Tok Mudim Dalam Telemovie RUMI MASUK JAWI di TV1
Kisahnya bermula dengan dua kali Rumi lari ketika hendak dikhatankan di Klinik Desa. Untuk kali ini Mak Tok cadangkan agar Rumi dikhatankan oleh Tok Din, mudim kampung yang sudah tua. Rumi yang dicadang bergading untuk berkhatan bersama dengan sepupunya, Arif dan Fitri.
Mak Tok berjanji untuk memberi hadiah duit kepada mereka yang berkhatan. Rumi melihat Tok Din terketar-ketar memegang cawan untuk minum. Lebih merisaukan Rumi dan sepupunya, apabila melihat tangan Tok Din terketar-ketar menukul paku dan terkena jarinya.
Kerisauan semakin memuncak apabila melihat Tok Din terpijak cermin matanya sendiri. Rumi bercadang mengajak sepupunya pergi bercuti dengan tujuan untuk lari dari dikhatankan oleh Tok Din.
Halim dan Mak Tok terperanjat mellihat nota daripada cucunya. Mak Tok menangis teringatkan cadangannya untuk dikhatan cucu-cucu dengan Tok Din. Setelah dibuat undian, ketiga budak-budak mahu pergi ke Zoo Taiping. Halim pergi ke pekan untuk mencari anak-anak sedaranya.
Rumi dan sepupunya tersilap naik bas yang menghala ke Alor Setar. Bas yang dinaiki rosak di pertengahan perjalanan. Rumi sakit perut dan Fitri serta Arif pula tertidur, mereka tertinggal bas. Semasa di masjid mereka terdengar perbincangan pengambilan anak angkat semasa percutian. Mereka mengaku yang merekalah ketiga anak angkat yang dicadangkan itu.
Semasa berada di rumah Hj. Rahman, keluarg Hj. Rahman sedang bersiap untuk majlis berkhatan anak-anak kampung. Mereka mengaku telah pun berkhatan dan memberi nasihat kepada rakan-rakan yang hendak dikhatan. Setelah berfikir, mereka membuat keputusan untuk pulang dan berkhatan di klinik.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.