in , ,

Telemovie Qun Faya Qun Lakonan Maria Farida

QUN FAYA QUN : TELEMOVIE KHAS MAULIDUR RASUL DI TV1

“Qun Faya Qun”, Jika Allah Mengatakan “Jadilah, Maka Jadilah”. Mengambil tajuk sama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena tibanya sambutan Maulidur Rasul pada 15 Februari ini membawakan telemovie Qun Faya Qun sarat dengan pengajaran berguna terutama kepada anak muda masa kini yang terjebak dengan gejala pembuangan bayi.

Seolah menjadi kudis dalam daging, isu pembuangan bayi ini seringkali menjadi muka depan akhbar utama yang sepatutnya menjadi ikhtibar kepada semua. Dan dalam menyuntik kesedaran semua, RTM mengangkat drama ini yang disiarkan pada 15 Februari 2011 (Selasa), jam 2.05 petang menerusi TV1 untuk tontonan semua.

Mengetengahkan lakonan berkesan Maria Farida, Khairil Anwar, Yasmin Hani, Aida Khalida, Azhar Sulaiman dan Mie Raja Lawak, plot kisahnya bermula dengan watak Faridah dan Halimah, adik-beradik yang sangat rapat dahulunya namun semenjak Faridah berkahwin dengan ahli perniagaan yang bejaya sekaligus menetap di bandar, hubungannya dengan Halimah seakan terus renggang.

QUN FAYA QUN

Bukan itu sahaja, Faridah kini mula meletakkan jurang perbezaan antara mereka memandangkan Halimah yang hanya berkahwin dengan lelaki yang membuat kerja kampung. Namun begitu, Halimah tidak pernah sekali menbenci adiknya malah hanya dia yang rajin menjenguk Faridah di kota biarpun adakalanya kedatangannya dilayan dingin oleh Faridah.

Suami Faridah, Datuk Azmi seorang yng baik dan rendah diri. Dia sering menasihati Faridah supaya berubah sifat namum tidak pernah dilayannya. Datuk Azmi sendiri melayan Halimah dengan baik dan tidak pernah memandang harta ataupun darjat.

Faridah dan Halimah kebetulan melahirkan anak perempuan yang sebaya namun perbezaan terus kelihatan apabila Sabrina telah selamat mengahabiskan pelajarannya di luar negara sementara Marisa hanya belajar setakat SPM di kampung.

Setiap kali Halimah datang menziarahi Faridah,pasti ada saja sindiran dari Faridah mengenai keluarga Halimah terutama perbezaan Sabrina dan Marisa namun Halimah hanya menelan sindiran itu dengan baik. Malah,sikap Sabrina yang mirip Faridah turut menyindir Marisa mengenai kerja Marisa sebagai minah kilang.

qun faya qun1

Hakikatnya, Sabrina sendiri masih lagi tidak bekerja selepas tamat belajar di luar negara.
Sudah 3 bulan Sabrina menetap di Malaysia, dia hanya menghabiskan masanya di kelab dengan berhibur. Datuk Azmi sendiri sudah menyarankan anaknya bekerja disyarikat namun Sabrina memberikan seribu satu alasan supaya tidak bekerja. Setiap kali Datuk Azmi memarahi Sabrina, pastinya Faridah akan membela anaknya.

Satu hari, Halimah telah datang ke rumah Faridah dan ketika itu, Faridah yang baru mendapat berita mengenai kerugian butiknya telah melepaskan marahnya pada Halimah dengan memaki hamun dan herdik. Bermula dari insiden itu,hati Halimah terus terluka dan nekad tidak mahu datang menjenguk Faridah lagi. Bagi Faridah, tidak sedikitpun dia berasa rugi atau sedih jika Halimah berbuat demikian kerana baginya Halimah tidak memberikan apa-apa keuntungan buat dirinya.

Konflik bermula apabila Fazril, suami Sabrina mengugut untuk menceraikannya kerana gagal memberinya zuriat dalam waktu terdekat. Sabrina tidak menyangka Fazril berkahwin dengannya semata-mata untuk mendapat zuriat.

Faridah yang mengetahui masalah Sabrina yang dilihat semakin kritikal cuba untuk mencari penyelesaian. Dia cuba dapatkan kepastian dan Sabrina dengan yakin mengatakan yang die normal dan tidak menghadapi apa-apa masalah. Faridah semakin buntu lalu Datuk Azmi menyarankan Faridah mendapatkan bantuan Halimah, kakaknya. Pada mulanya ego Faridah menidakkan pendapat suaminya namun akhirnya mngalah memikirkan Sabrina yang semakin sedih.

Faridah telah membawa Sabrina ke kampung dan berjumpa Halimah. Halimah pada mulanya berat hati untuk menerima kehadiran Faridah namun akhirnya Halimah akur membantu Faridah. Halimah telah menbawa bidan kampung iaitu Mak Lanang agak melihat masalah yang dihadapi Sabrina.

Dan segala-galanya telah terbongkar apabila Mak Lanang yang terpandangkan Sabrina terkejut apabila mendapat tahu Sabrina sudah setahun berkahwin dan tidak dikurniakan anak. Ini kerana Mak Lanang sememangnya mengenali Sabrina kerana dulu Sabrina sendiri pernah datang meminta bantuannya untuk melahirkan anaknya. Lalu apakah kesudahannya?

QUN FAYA QUN2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ancient Aliens New Series

Lirik Lagu Luar Biasa Shahir