in ,

Telemovie Qun Faya Qun Lakonan Maria Farida

Qun Faya Qun, Telemovie Sarat Nilai Kekeluargaan Khas Sempena Maulidur Rasul Di TV1

Imam Al-Ghazali menegaskan bahawa manusia adalah makhluk yang kompleks, mementingkan kebendaan, sayangkan kehidupan dan mempunyai kepandaian iaitu suka memuaskan estetika dan benda-benda yang cantik.

Namun yang demikian sifat manusia yang sukakan ilmu pengetahuan membuatkan manusia itu unik dan berlainan darjahnya dengan makhluk-makhluk lain ciptaan Allah SWT. Manusia harus percaya bahawa apa yang terjadi kepada mereka di dunia ini adalah dengan izin dan kehendakNya dan segala kepandaian serta akal adalah anugerahNya.

babak dalam Qun Faya Qun

Inilah makna yang cuba disampaikan melalui telemovie Qun Faya Qun yang disiarkan pada 3 Februari 2012 (Jumaat), jam 10.30 pagi di TV1 mengisi slot Nurani dalam menghayati sambutan Maulidur Rasul yang disambut 5 Februari depan.

Telemovie yang sarat dengan nilai-nilai kekeluargaan ini mengisahkan sepasang adik beradik Faridah dan Halimah yang pada awalnya sangat akrab tetapi tali persaudaraan mereka mula renggang selepas masing-masing mendirikan rumahtangga.

Faridah yang berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya mula meletakkan jurang perbezaan dengan kakaknya Halimah yang hanya mengahwini pemuda kampung. Namun begitu, Halimah tidak pernah sekalipun membenci adiknya Faridah malah rajin pula pergi menziarahi adiknya di bandar.

Konflik bermula apabila kedua-dua beradik ini mendapat cahayamata. Disebabkan kemiskinan, anak Halimah, Marisa hanya menamatkan pelajaran hingga ke sekolah menengah sahaja manakala anak Faridah, Sabrina berjaya melanjutkan pengajian hingga keluar negara.

Setiap kali Halimah datang menziarahi Faridah, pasti ada saja sindiran dari Faridah mengenai keluarga Halimah terutama perbezaan Sabrina dan Marisa namun Halimah hanya menelan sindiran itu dengan baik. Malah, sikap Sabrina yang mirip Faridah turut menyindir Marisa yang hanya bekerja kilang.

Hakikatnya Sabrina yang baru pulang dari luar negara tidak bekerja dan hanya keluar berpoya-poya setiap malam sehingga berlakulah satu peristiwa yang merubah hidup kedua-dua keluarga ini.

Bersama-samalah kita saksikan kesudahan telemovie lakonan Maria Farida, Khairil Anwar, Yasmin Hani, Aida Khalida, Azhar Sulaiman dan Mie Raja Lawak yang sarat dengan pengajaran berguna ini.

QUN FAYA QUN

QUN FAYA QUN 1

Yasmin Hani dan Maria Farida bergandingan sebagai anak-beranak dalam Qun Faya Qun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chris Brown’s Brand New Single Turn Up The Music

Drama Nahi Mungkar Lakonan Zamarul Hisham Watie Sadali