in ,

Telemovie Najwa Najiha & Munajat Terhenti Sempena Maal Hijrah

Sambutan Maal Hijrah yang disebut juga Awal Muharam membawa pengertian yang cukup besar kepada seluruh umah Islam. Hijrah haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Mengangkat konflik dua beradik dalam dua telemovie berbeza, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 khas sempena sambutan Maal Hijrah yang disambut 14 Oktober ini menyiarkan dua telemovie “Munajat Terhenti” (13 Oktober; pukul 10.00 malam) dan “Najwa Najiha” (14 Oktober; pukul 10.00 pagi).

Konflik Dua Beradik Latari Telemovie Khas Maal Hijrah di TV2

Buat pertama kalinya, Kamal Adli, Shukri Yahaya dan Afiq Muiz beraksi dalam satu produksi. Mereka juga buat julung kalinya mendukung watak sebagai adik-beradik di hadapan kamera. Gandingan tiga bintang ini dapat ditonton menerusi ‘Munajat Terakhir’.

‘Munajat Terhenti’ yang diterbitkan oleh Pena Creative Pictures ini memaparkan konflik dua adik beradik iaitu Yusman (lakonan Kamal Adli) dan Yusri (lakonan Shukri Yahaya) yang hidup dalam dua ‘dunia’ yang berbeza.

Yusman terpaksa bekerja di kelab malam sebagai seorang bouncer setelah gagal mendapatkan pekerjaan tetap sedangkan dia amat memerlukan pekerjaan untuk membantu kehidupan keluarganya.

Sementara, adiknya pula iaitu Yusri (lakonan Shukri Yahaya) berkelulusan bidang agama dan bekerja sebagai ustaz. Dia sering memandang serong dan mencemuh abangnya yang dikatakan bergelumang dengan dunia yang penuh dosa.

Drama ini turut membariskan pelakon Elfira Loy, Aleza Shadan, Theera Alias dan Rahim Kidol.

Diikuti drama menarik menggandingkan pelakon utama Wan Sharmila dan Sheera Iskandar dalam telemovie “Najwa Najiha”. Kisahnya mengenai Najwa dan Najiha kehilangan ibu tersayang ketika mereka masih kecil. Abbas ayah mereka yang bekerja memandu lori menghadapi kesukaran untuk keluar bekerja mencari rezeki sekiranya anak-anaknya dibawah jagaannya.

Hamid, abang kepada Abbas dan isterinya Muhaini mahu membesarkan anak-anak itu memandangkan mereka tidak punya anak. Akan tetapi hanya Najwa yang tinggal dengan mereka manakala Najiha tidak mahu. Abbas terpaksa menukar kerjayanya sebagai peniaga warung untuk menjaga Najiha.




Apabila dewasa, Najwa berjaya menjawat jawatan tinggi tetapi Najiha gagal dididik oleh Abbas untuk menjadi insan yang berguna. Najiha kini tinggal dengan kawan-kawan dan tidak hiraukan ayahnya yang kini semakin tua. Najiha tidak bekerja malah masih hidup dengan wang ringgit ayahnya. Najiha cemburukan kejayaan dan kebaikan kakaknya Najwa malah Najiha merampas kekasih Najwa. Najwa hanya mampu bersabar kerana tidak mahu membebankan fikiran ayah mereka yang mengidap sakit jantung serta buah pinggang.

Apabila kelakuan Najiha makin melampau hingga ke tahap mencuri wang dan telefon bimbit Najwa, sebagai seorang kakak, Najwa perlu perbetulkan Najiha. Najwa mencari Najiha yang lari dengan wang dan telefon bimbitnya dan menjumpai Najiha dan kawan sebilik sedang menagih dadah. Najwa menggertak untuk panggil pihak polis lalu Najiha dan kawannya lari.

Dalam masa yang sama, apabila Najwa pulang ke rumah, ayah mereka kritikal lalu dikejarkan ke hospital dan pada malam yang sama, Najiha yang lari, dijumpai oleh sekumpulan pengedar dadah yang selama ini mencari Najiha. Seolah bertukar nyawa, Keesokan paginya, Abbas sedar dalam keadaan yang sihat manakala Najiha ditemui mati di dalam belukar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jangan Lupa Ikuti Travelogue Budiey di Jom Santai Bersama Amaris di Pulau Redang

Malaysia The Most Bored Nation?