in ,

Telemovie MAMA UNTUK ISTERIKU Lakonan Wan Sharmila

Jasa dan pengorbanan ibu sememangnya tidak ternilai. Sebagai seorang anak adakalanya tindakan seorang ibu kurang sukar dimengertikan oleh si anak. Tekanan persekitaran yang berlaku memungkin seorang ibu itu adakalanya bertindak di luar kawalan dan kewarasan fikiran. Namun tidaklah sampai ke tahap mengancam nyawa anak tersayang. Apatahlagi bila berlakunya penceraian dan terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan anak sendirian.

pengarah drama ini, Along Kamaludin bersama pelakon dalam Mama Untuk Isteriku

Justeru sebagai seorang anak kita sewajarnya memahami kesukaran dihadapi dan pengorbanan yang dilakukan. Kisah realitinya berlaku dalam masyarakat kita ini melatari telemovie khas meraikan Hari Ibu bertajuk “Mama Untuk Isteriku” menemui penonton pada 24 Mei ini, pukul 10.00 malam mengisi slot Citra di TV2.

Pengorbanan Ibu Tunggal Dalam Telemovie “Mama Untuk Isteriku” Di TV2

Mengetengahkan lakonan mantap Aida Aris, Wan Sharmila, Azhar Sulaiman dan Fadlan Hazim, telemovie arahan Along Kamaludin ini mengisahkan seorang ibu tunggal bernama Ema. Selepas bercerai dengan suaminya Mukhriz, Ema terpaksa bekerja siang malam untuk membesarkan kedua anak mereka Shira dan Yaya.

Ema seorang ibu yang cepat marah dan selalu memukul anaknya. Pada suatu hari, selepas dipukul oleh ibunya, Shira dan Yaya lari dari rumah. Semasa mereka sedang berlari di jalan raya, Yaya telah terlanggar oleh sebuah kereta dan meninggal dunia.

Shira menyalahkan ibunya atas kematian kakaknya dan seterusnya enggan mengadakan apa-apa hubungan dengan ibunya. Seterusnya, Shira tinggal bersama ayahnya dan menganggap ibu tirinya sebagai ibunya.

Beberapa tahun kemudian selepas Shira telah berumah tangga, dia mengidap kanser payudara. Oleh sebab penyakitnya berada di tahap yang kritikal, dia meminta suaminya Akim untuk mencari ibunya supaya dia boleh meminta maaf sebelum dia mati.

Akim berjaya mencari Ema yang kini berada di Jakarta, Indonesia. Sungguhpun, pada mulanya agak sukar bagi Akim memujuk Ema untuk pulang bersamanya, namun akhirnya Ema lembut hati pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan Shira pada kali yang terakhir.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apabila DIA SEMANIS HONEY Trending di Youtube Malaysia

Airasia X Terima Dua Pesawat Baru A330-300