Telemovie arahan Shirin Khuzaim menemui penonton pada 1 Mac ini, pukul 9.30 malammenerusi saluran TV2, ia menampilkan pelakon utama Tasha Shilla, Zul Ariffin, Shah Iskandar, Danny dan Hafizuddin, mengisi slot Citra.
Kisah Bertemu Jodoh di Kemboja Dalam Telemovie LARA HADI di TV2
Ikuti perjalanan hidup watak utama pemuda kacak bernama Hadi. Takdir menentukan dirinya yang masih bujang jatuh cinta dengan gadis dikenali sebagai Bella. Namun malangnya Bella ternyata tidak ikhlas terhadap Hadi dan kemuncaknya dia mengambil tindakan mengikut pemuda pilihan hatinya melarikan diri.
Hadi kecewa dengan tindakan kekasihnya itu. Dia cuba untuk melakukan apa sahaja untuk melupakan kenangan bersama-sama Bella. Baginya tidak guna masih mengharap kepada gadis yang tidak setia seperti Bella.
Satu hari Hadi memutuskan untuk berehat seketika dan mencari ketenangan di Siem Reap, Kemboja. Pada masa sama dia cuba untuk melupakan kisah lamanya dengan Bella. Dia mahu membuka lembaran baharu dalam hidupnya apabila pulang semula ke Kuala Lumpur kelak.
Sementara itu, Lara dan Rizal adalah pasangan yang mencintai antara satu sama lain. Namun Lara telah menangkap Rizal memounyai hubungan dengan wanita lain. Ketika itu juga Lara tanpa berfikir panjang terus bertindak memutuskan hubungan dengan Rizal dan pergi ke Siem Reap untuk menenangkan fikiran.
Pertemuan buat pertama kali antara Hadi dan Lara di bumi Kemboja telah membuahkan rasa cinta dalam diri masing-masing. Dalam masa singkat mereka berjaya menyelami hati dan perasaan sesama sendiri.
Seterusnya apabila mereka kembali ke tanah air, mereka terus memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.
Begitu panas yang diharapkan hingga ke petang tidak menjadi kenyatan. Mereka terpaksa berdepan hakikat Hadi menghidap sakit kanser kolon dan disahkan oleh doktor berkemungkinan jangka hayatnya tidak panjang.
Ketika itu Lara disahkan mengandung. Bagaimanakah kehidupan Lara selepas kematian suaminya? Adakah Rizal kembali untuk mengambil semula hati Lara? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini di TV2.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.