Sebab pertama kenapa anda perlu menonton drama ini ialah kerana ianya menggandingkan pelakon utama Nazim Othman dan Marsha Milan selain turut dibantu oleh Puteri Chichi, Dian P Ramlee dan Fimie Don, slot Panggung Seri di TV1 pada 23 April ini, pukul 9.00 malam menayangkan sebuah telemovie konflik jodoh dan kekeluargaan bertajuk “Lagu Hidup”.
Kedua ialah, ia memaparkan kisah hidup Fendi dan Fida yang mempunyai sama kegemaran iaitu menyanyi karaoke telah berakhir dengan perkahwinan. Masa awal perkahwinan mereka penuh dengan dugaan apabila Fendi berhenti kerja dan tidak mempunyai kerja. Ketika itu juga gadis sekampung dengan mereka bernama Nana mengambil kesempatan menggoda Fendi.
Telemovie “Lagu Hidup” Marsha Londoh dan Nazim Othman Di TV1
[dropcap]K[/dropcap]emuncaknya Fendi telah menceraikan Fida apabila dia kena tangkap basah dengan seorang wanita di kampung. Fendi kemudiannya telah melarikan diri di bandar. Fida terpaksa membesarkan anak tunggal mereka dipanggil Fijoe, seorang diri.
Dua tahun kemudian, Fida dilamar seorang guru, Cikgu Salleh. Dia berpindah ke beberapa tempat mengikut suaminya bertugas. Fida mula berniaga secara kecil-kecilan untuk menampung keperluannya sendiri dan sebahagiannya ditabung untuk Pijoe. Sesekali semasa balik ke Kampung Puteri Menangis, Pijoe mengadu tentang keinginannya bertemu dengan bapa kandungnya dan cuba menjejak Fendi tetapi tidak berjaya.
Selepas 15 tahun Fida meninggalkan kampung, Cikgu Salleh meninggal dunia dalam satu kemalangan. Fida membesarkan Pijoe dengan wang pampasan insurans Cikgu Salleh di rumah yang dibelinya dahulu. Masa berlalu, 24 tahun mendewasakan Pijoe. Di satu majlis, Pijoe menyanyikan sebuah lagu. Dia diminta menyanyi lagu duet dan pasangannya Sasya yang diperkenalkan oleh seorang kawan. Sasya yang dua tahun lebih muda daripada Pijoe tertarik dengan lagu yang dinyanyikan itu kerana bapanya sangat gemarkan lagu tersebut.
Perkenalan mereka semakin mesra dan Pijoe membawa Sasya untuk diperkenalkan kepada keluarganya. Apabila dua keluarga bertemu di sebuah restoran, Pijoe terperanjat kerana ibunya mengenali ayah Sasya. Rupa-rupanya ayah Sasya adalah bapanya yang terpisah sejak kecil.
Pijoe dan Sasya rasa amat terpukul dengan peristiwa tidak terduga itu tetapi Fida menasihatkan agar mereka menerima takdir yang ditentukan Tuhan yang Maha Mengetahui. Sasya mula faham kenapa ayahnya suka dengan lagu Lagu Hidup. Begitu juga dengan Pijoe, kini tahu mengapa lagu yang sama menjadi kegemaran ibunya.
Sesudah kesedihan reda, Pijoe dan Sasya berusaha menyatukan ibu dan ayah yang amat mereka rindui. Petang itu, Fida dan Fendi mahu bertemu dengan Pijoe dan Sasya. Perbincangan serius. Fendi bertanya, apakah benar Pijoe mencintai Sasya? Pijoe menjawab, itu cerita lama dan dia sedang berusaha melupakan. Begitu juga dengan Sasya yang berkata, dia sedang melawan kesedihan.
Pijoe dan Sasya terpegun apabila Fendi kata bahawa Sasya adalah anak angkatnya. Jadi, mereka boleh berkahwin. Fendi dan Fida berkahwin semula serentak dengan perkahwinan anak-anak mereka. Maka, lagu hidup yang menumbuhkan kasih sayang dinyanyikan kembali yang menautkan retak dalam dada mereka sekeluarga.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.