[dropcap]T[/dropcap]erbaik cuti sekolah yang bakal bermula 25 Mei ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menayangkan sebuah telemovie bertajuk “Mesin Masa Cinta Atuk” untuk dikongsi bersama penonton cilik serta seisi keluarga menerusi saluran TV1 yang memaparkan plot menarik bila mana Junaidi, seorang saintis berjaya mencipta mesin masa membawa cucu-cucunya ke era 70-an.
[pullquote align=”right”]Khas Cuti Sekolah : Telemovie Kisah Fantasi “Mesin Masa Cinta Atuk” Di TV1 pada 2 Jun 2013, jam 10.05 pagi[/pullquote]
Disiarkan pada 2 Jun 2013, jam 10.05 pagi, drama komedi fantasi ini menyaksikan lakonan Norman Hakim, Emelda Rosmila, Roy Azman, Zaidi Omar, Dian P.Ramlee dan Azza Elite yang mengisahkan watak utama Danial dan Farhan adalah dua orang adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga yang senang, mereka berdua tidak pernah merasa susah. Kehidupan yang bagai mudah belaka. Atas faktor ini, ayah mereka telah menghantar mereka berdua pulang ke kampung untuk tinggal bersama dengan datuk mereka.
Datuk Danial dan Farhan, Junaidi, adalah bekas saintis, namun telah bersara dan tinggal seorang diri. Setelah pulang ke kampung yang selama ini dianggap sanggap membosankan oleh Farhan dan Danial mereka menemui pelbagai ciptaan yang menarik dihasilkan oleh Junaidi. Salah satu ciptaan Junaidi yang paling unik adalah “Mesin Masa”. Bagaimanapun, ciptaan ini hanya pernah diguna sekali, itupun 40 tahun lepas. Malah menurut Junaidi, dia juga tidak pasti alat ini boleh membawa seseorang ke masa yang setepatnya atau tidak.
Pada suatu hari, Danial dan Farhan sangat teruja bila mendengar cerita yang diceritakan oleh Junadi sewaktu dia mengurat semasa muda. Sebagai remaja yang baru berusia 14 dan 16 tahun, mereka sangat teruja bila mendapat tahu sebenarnya Junaidi mempunyai seorang kekasih tapi telah berkahwin dengan orang lain, iaitu nenek mereka yang telah meninggal dunia 5 tahun lepas.
Sebagai remaja yang mempunyai sifat ingin tahu yang menebal telah membawa Danial dan Farhan untuk mencuba Mesin Masa yang dicipta oleh Junaidi. Mereka mahu menyelongkar kisah cinta klasik datuknya dahulu. Dan ingin tahu bagaimana datuk mereka itu berjumpa dengan arwah nenek mereka.
Mereka akhirnya telah berjaya kembali ke zaman Junaidi muda dengan mengunakan mesin masa. Bagaimanapun mereka terpaksa mengharungi beberapa halangan sebelum menemui Junaidi muda dan bekas kekasih Junaidi sendiri. Perkara yang pertama yang dilalui mereka, adalah diketawakan oleh orang pada zaman tersebut kerana pakaian mereka di anggap aneh. Bagaimanapun seorang yang wanita yang baik hati telah membantu mereka. Sehinggalah membawa mereka berjumpa Junaidi muda. Wanita tersebut bernama Kak Mah.
Setelah berjaya berjumpa dengan Junaidi muda, Danial dan Farhan pun bersetuju untuk pulang ke zaman sekarang. Akan tetapi, perkara yang malang berlaku bila Mesin Masa mereka telah rosak. Hal ini telah menyebabkan Danial dan Farhan telah kelam kabut. Mereka risau, adakah ibu bapanya akan menyangka mereka berdua telah meninggal dunia? Atau adakah mereka berdua akan terus tinggal di zaman datuknya itu?
Bagaimanapun, Kak Mah, wanita yang membantu mereka semasa pertama kali mereka tiba dizaman lampau itu telah menghulurkan bantuan sekali lagi. Danial dan Farhan tinggal di rumah wanita itu, kerana Junaidi muda tidak tahu sama sekali mereka berdua adalah cucunya yang datang dari masa depan.
Untuk menyelesaikan masalah mereka, Farhan baru teringat, datuknya itu adalah saintis dan semestinya dia mampu menyelesaikan masalah ini. Bagaimanapun, ketika itu Junaidi muda masih belum belajar kejuruteraan sains lagi. Dia masih lagi di tingkatan enam. Namun dia tetap mencuba untuk membaiki semula Mesin Masa itu.
Saban hari ke hari, Junaidi muda mencuba untuk menghidupkan semula Mesin Masa itu. Malah, Farhan dan Danial juga semakin selesa dengan zaman datuknya, mereka mula membiasakan diri tanpa playstation, TV, internet dan sebagainya yang ada di zaman sekarang. Malah mereka juga bermain permainan zaman dahulu sehingga boleh katakan cukup handal.
Lama kelamaan, semasa Junaidi muda membaiki Mesin Masa itu. Danial dan Farhan pun mendapat tahu yang Kak Mah sebenarnya ada menaruh perasaan kepada Junaidi. Oleh kerana untuk membalas jasa Kak Mah, Danial dan Farhan pun membantu Kak Mah menambat hati atuknya itu. Akhirnya Junaidi juga mula jatuh hati pada Kak Mah. Bagaimanapun Danial dan Farhan mula menyedari, sekiranya Junaidi berkahwin dengan Kak Mah, ayah mereka tidak akan wujud dan seterusnya mereka berdua juga tidak wujud di dunia ini.
Pada masa yang sama, Mesin Masa telah berjaya dibaiki oleh Junaidi. Bagaimanapun, Danial dan Farhan tidak mahu pulang lagi, kerana mereka perlu merosakkan hubungan cinta antara Junaidi dan Kak Mah. Dan rancangan untuk merosakkan ini hampir berjaya sehinggalah mereka mendapat tahu sebenarnya nama Kak Mah adalah Siti Salmah Binti Salleh iaitu nenek mereka sendiri. Lalu apakah yang berlaku seterusnya?