in , ,

Telemovie KAU, AKU HANTU RAYA Lakonan Syafie Naswip

Inti pati di atas melatari telemovie bertajuk “Kau, Aku Hantu Raya” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 17 Oktober ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2 yang memaparkan kegelisahan penduduk kampung menyambut raya dengan kehadiran hantu raya.

Sebuah kampung menjadi kecoh kerana kehadiran hantu raya di kampung mereka. Hantu raya tersebut dilihat merayau ke seluruh pelosok kampung. Kerja harian penduduk terganggu, lebih-lebih lagi mereka sedang membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal. Orang-orang kampung menggunakan berbagai-bagai ikhtiar untuk menangkapnya. Sehinggakan ada yang memburunya ke hutan dan gagal mencari jalan pulang.

Shafie Naswip antara pelakon utama

Telemovie KAU, AKU HANTU RAYA Lakonan Syafie Naswip dan Mimi Lana di TV2

Inti pati di atas melatari telemovie bertajuk “Kau, Aku Hantu Raya” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 17 Oktober ini, pukul 9.30 malam menerusi saluran TV2 yang memaparkan kegelisahan penduduk kampung menyambut raya dengan kehadiran hantu raya.

Menampilkan gandingan pelakon Syafie Naswip, Talha Harith, Mimi Lana, Shakila Khoriri dan Azlee Senario, kisahnya bermula dengan memperkenalkan sebuah kampung menjadi kecoh apabila Pak Usop mengeluarkan cerita mengenai Tok Jidin seorang bomoh di kampung tersebut yang telah meninggal dunia 100 hari yang lalu.

Ia kemudiannya dikaitkan dengan kehadiran hantu raya peliharaannya di kampung mereka. Ditambah dengan cerita penduduk kampung yang mendakwa pernah melihat lembaga berambut panjang dan berkain kapan berkeliaran ke sana sini.

pelakon Kau, Aku Hantu Raya

Fifie anak ketua kampung secara bergurau telah mencabar teman lelakinya Azlim supaya membawa hantu raya kepadanya sekiranya dia benar-benar cintakannya. Menyahut cabaran itu Azlim telah berjumpa dengan Pak Akob dan secara bergurau menyatakan paku yang dipinjamnya itu pernah digunakannya untuk menangkap pontianak.

Percaya dengan cerita Pak Akob, Azlim dan kawannya Ajak masuk ke hutan pada malam raya untuk mencari hantu raya. Malangnya mereka sesat dan tidak bertemu jalan keluar. Akhirnya mereka diselamatkan oleh Orang Asli dan beraya di rumahnya.

Sekampung menjadi kecoh apabila di awal pagi Fifie melihat hantu raya sedang mencuri makan di rumahnya dan memberitahu ayahnya yang baru selesai bersolat subuh di masjid. Orang kampung beramai-ramai memburu hantu raya dan apabila ditangkap dikenal pasti hantu raya itu adalah anak penduduk kampung sebelah yang berpenyakit mental.

‘Hantu raya’ itu diserah kepada keluarganya. Sementara Azlim dan Ajak bertemu semula dengan keluarganya apabila Tok Batin menghantarnya pulang.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

[Gambar] Ulasan Konsert WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KL

Bocey Juara MLM2017 Bertanding Semula di Maharaja Lawak Mega 2018