in ,

Jiwa Pendidik Sebenar Dalam Telemovie KABUS DI LEMBAH

Tak kira di mana kita ditugaskan, amanah tetap wajib ditunaikan. Kisah seorang guru yang cuba mempertahankan kawasan flora dan fauna Lembah Belum yang hampir terancam dengan arus pembangunan melatari telemovie bertajuk “Kabus di Lembah” yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Drama sarat dengan motivasi dan inspirasi terutama buat golongan bergelar pendidik lakonan Uqasha Senrose, Zulhuzaimy, Nisha Dirr, Zain Hamid, Ann Raja Lawak dan Zack Idris ini menemui penonton pada 4 November ini, pukul 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Zulhuzaimy bawa watak Cikgu Hakim

Jiwa Pendidik Sebenar Dalam Telemovie KABUS DI LEMBAH di TV1

Diarahkan Zulhuzaimy Marzuki, ‘Kabus Di Lembah’ berkongsi memaparkan kisah Cikgu Hakim di hantar oleh bapanya mengajar di Sekolah Anak Orang Asli di Lembah Belum. Meskipun terkejut menerima berita itu namun Cikgu Hakim terpaksa akur.

Pada mulanya Cikgu Hakim sukar menyesuaikan diri tetapi akhirnya suka dengan suasana di situ. Apatah lagi dia jatuh cinta dengan Indah, anak Tok Batin di kampung itu. Dia berusaha membentuk kekuatan dalam dirinya untuk terus bertahan menjalani kehidupan serba kekurangan di kampung dan sebagai pendidik di sekolah tersebut. Banyak pengalaman hidup dikutipnya sepanjang berada di situ.

Sementara itu Indah yang juga pelajar lulusan Sarjana dari Universiti Amerika Syarikat memilih untuk mengajar di kampungnya. Dia nekad mahu membantu anak golongan Asli untuk berjaya dan mengubah kehidupan mereka.

Tanpa disedari oleh Cikgu Hakim, bapanya mengupah orang untuk memujuk Tok Batin menanda tangani surat perjanjian untuk membangunkan daerah itu menjadi pusat pelancongan bertaraf lima bintang. Segalanya dilakukan untuk mengaut untung besar. Namun perkara itu disembunyikan daripada pengetahuan anaknya kerana dia menyedari Cikgu Hakim pasti akan membantah rancangan jahatnya itu.

Satu hari Indah telah diculik dan kemudian rumah tempat dia dikurung dibakar. Cikgu Hakim berjaya menyelamatkan Indah tetapi malangnya dia pula telah terkorban apabila masuk semula ke rumah yang terbakar itu untuk menyelamatkan Arman orang upahan bapanya. Adakah bapa Cikgu Hakim meneruskan hasratnya untuk membangunkan daerah tersebut?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

babak dalam drama Kabus di Lembah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesawat A320neo Pertama Yang Dipasang Di Tianjin Diterima Oleh Airasia

Rezeki Siti Nordiana Makin Murah Tunai Umrah Disember Ini