Gandingan pelakon utama Ungku Ismail dan Siti Elizad membintangi drama sememangnya meninggalkan kesan di hati penonton. Mereka tampak serasi beraksi di layar pentas lakonan dan watak masing-masing tampak ‘hidup’. Terbaharu pasangan pelakon berbakat ini kembali disatukan dalam sebuah telemovie bertajuk “Jubah Untuk Airin” mengisi slot drama Panggung Seri pada 16 Julai depan, pukul 9.30 malam di TV1.
Telemovie arahan Mohd Al-Bakari Harith terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini memaparkan tentang konflik dan kekeliruan yang melanda seorang wanita dalam mengharungi kehidupan yang turut mengundang pelakon Uqasha Senrose, Ammar Titan dan Mubarak Majid.
Telemovie “Jubah Untuk Airin” Kembali Satukan Siti Elizad dan Ungku Ismail di TV1
Secara ringkasnya ia mengisahkan tentang seorang model wanita bernama Airin yang yang memiliki Agensi Lavendar Beauty bersama Melisa yang merupakan pengurusnya. Dia yang berada di puncak kegemilangan mula mencari diri sendiri selepas insiden kematian Ucu Cah. Hidup Airin berubah di mana beliau mula keliru.
Ianya tidak mudah seperti yang disangka kerana beliau perlu menempuh banyak cabaran dan rintangan. Dugaan yang paling hebat apabila dia perlu berdepan dengan dirinya sendiri untuk berubah demi mencapai impiannya.
Airin terserempak beberapa kali dengan Fahri secara kebetulan. Airin mula menolak beberapa tawaran pertunjukan model dan ini membuatkan Melisa marah. Airin menghadiri kelas agama kendalian Fahri dan menjadi model muslimah untuk butik milik Nusaibah, adik Fahri.
Melisa merancang bersama Ihsan untuk mengambil alih syarikat dan mensabotaj imej Airin serta mengupah Anuar untuk menculik Airin. Pak Seman yang merupakan ayah Anuar terserempak dengan tempat Airin disembunyikan oleh Anuar di kampungnya bertindak menghubungi polis dan mereka semua telah diberkas. Fahri mengambil keputusan untuk melamar Airin.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.