Gandingan nama-nama hebat seperti Sherry Alhadad, Lisa Surihani dan Nadiya Nisaa dalam satu naskhah yang semestinya sama dinantikan semua. Ketiga-tiga rakan baik ini berpadu tenaga menjayakan filem televisyen (FTV) istimewa arahan pengarah sensasi, Umi Salwana Omar, nama yang sama di sebalik penerbitan ‘Istanbul Aku Datang’, ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’, ‘Oh My English’ dan yang terbaharu, ‘Gol & Gincu 2’.
Sinopsis Telemovie GENG
“GENG” mengisahkan tentang Isabella (lakonan Sherry Alhadad), seorang bekas banduan yang ingin meninggalkan dunia jenayah tetapi geng lamanya memaksa beliau untuk membuat satu lagi penghantaran dadah.
Isabella enggan membuat sedemikian mengakibatkan ibunya diculik. Isabella ingin mendapatkan ibunya semula dan menumpaskan operasi geng lamanya, justeru beliau mendapatkan bantuan dari dua rakan baik beliau, Anita (lakonan Nadiya Nisaa) dan Mariam (lakonan Lisa Surihani).
Anita yang merupakan seorang peguam dan Mariam pula yang merupakan seorang suri rumah bersungguh-sungguh ingin membantu Isabella melepaskan diri dari geng lama Isabella dan melepaskan ibu Isabella dari genggaman mereka. Berjayakah mereka membantu Isabella keluar dari belenggu ini?
Dalam pada kekalutan yang berlaku, hubungan Isabella bersama teman lelakinya, Alex (lakonan Hisyam Hamid) turut dilanda masalah.
Mampukah Isabella melalui semua ini? Saksikan “GENG” mulai 18 Julai ini di Astro First Eksklusif (saluran 480).
Satu Majlis Pra Tonton Eksklusif dan Sidang Media “GENG” akan diadakan pada hari ini bagi mewar-warkan dan memberikan gambaran dengan menayangkan kepada para media.