in

Telemovie & Dokumentari Sempena Hari Malaysia

Kehangatan bulan kemerdekaan masih dirasai dengan kehadiran Hari Malaysia yang bakal disambut menjelang 16 September ini. Bagi menyermarakkan lagi suasana yang penuh patriotik ini, TV2 tidak ketinggalan menyajikan pelbagai rancangan menarik buat seisi keluarga.

[pullquote align=”right”]Telemovie Dan Dokumentari Hiasi Slot Istimewa Khas Hari Malaysia[/pullquote]

Mengenali seni warisan dan budaya turubn menurun menerusi Telemovie bertajuk “Roh Semberani” yang mengisahkan perjuangan untuk melestarikan seni budaya tarian Kuda Kepang yang semakin dilupakan. Maskon berusaha untuk menjaga amanat bapanya dan gurunya untuk meneruskan seni warisan “Reyok” yang sangat berharga. Saksikan lakonan mantap Namron sebagai Maskon, Mardiana Alwi dan Zulkifli Ismail dalam Roh Semberani pada 16 September 2013 hari Isnin, jam 10.00 pagi di TV2.

Tayangan seterusnya TV2 mengajak penonton mengikuti drama bersiri sebanyak 4 episod bertajuk “Langit Yang Sama” disiarkan mulai 16 September hingga 19 September. Mengisahkan konflik 4 keluarga yang berlainan latar belakang, agama dan budaya. Meena seorang gadis remaja yang tidak berpuas hati dan sering berprasangka buruk terhadap ibu tirinya. Meena melalui hidupnya dengan kemurungan dan hanya mengenali dunia luar melalui internet. Pada masa yang sama, Meena telah berkenalan dengan seorang jejaka dari Kelantan bernama Jati yang sedang krisis dengan bapanya. Jati berkeras untuk tidak mengikuti jejak bapanya yang memperjuangkan Wayang Kulit, ini kerana beliau ingin keluar dari kelompok kemiskinana dan ingin mengikut jejak bapa saudaranya yang berjaya dalam dunia perniagaan.

Akhirnya Meena dan Jati bertemu dan hubungan mereka menimbulkan masalah ketika mereka ingin lari dari belenggu kesempitan hidup. Ikuti kisah suka duka dan persahabatan tiga budaya lakonan Khir Rahman , Amerul Affendi, Kamarul Yusof, Punagai Krishna, Sherrie Merlis, Fazlina Ahmad Daud dan Thor Kah Hoong dalam Langit Yang Sama bermula Isnin hingga Khamis jam 3.30 petang di TV2.

Tidak ketinggalan juga filem Inggeris menerusi slot Special Movie di TV2. Saksikan lakonan Shirley MacLaine, Jack Nicholson dan Debra Winger menerusi filem Terms Of Endearment siaran 16 September ini, jam 4.30 petang. Ia berkisar tentang Emma dan anak perempuannya Aurora dalam mengenal erti kehidupan dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang. Namun mereka berdua melalui cara hidup yang berbeza.

Siaran khas Hari Malaysia diteruskan dengan telemovie bertajuk Wira yang bersiaran pada 17 September 2013 ( Selasa ) jam 10.00 malam. Telemovie yang menggandingkan pelakon Syed Aiman dan Wan Sharmila ini mengisahkan tentang pemandu teksi yang jujur terpaksa mengharungi cabaran dan dugaan yang harus dihadapi.

Selain itu TV2 juga turut menyiarkan pelbagai Dokumentari Khas Hari Malaysia antaranya Jejak 1609 dan Cerita Kemerdekaan terbitan RTM Sabah yang bersiaran pada 18 September jam 2.00 dan 2.30 petang, Antara Sejarah Dan Tuntutan pada 17 September 2013 jam 2.00 petang.

Luangkan masa anda bersama keluarga dengan menonton pelbagai rancangan menarik khas Hari Malaysia semestinya bersama saluran Dunia Ria di TV2.

Roh Semberani Kuda Kepang

Roh Semberani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Badan Kurus & Kulit Cerah dengan GlowShape

Jennette Mccurdy And Ariana Grande Star In Sam & Cat