in ,

Telemovie Dialek Sarawak, RAJA SUNGEI dan MI KOLOK Khas Hari Malaysia

Telemovie Dialek Sarawak,“Raja Sungei” dan “Mi Kolok”, Khas Hari Malaysia di TV1

Dua telemovie khas bertemakan sambutan Hari Malaysia yang disambut seluruh warga Malaysia pada 16 September ini menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM). Disiarkan menerusi saluran TV1, kedua-duanya tampil dengan pengisian yang mengangkat erti pengorbanan dan kemerdekaan bermula dengan tajuk“Raja Sungei”pada 14 September ini, pukul 9.00 malamdan esoknya, 15 September 2019pula ikuti tayangan telemovie “Mi Kolok”, pukul 10.05 pagi.

poster Mi Kolok

Keunikan dibawakan menerusi kedua-dua telemovie yang diterbitkan RTM Sarawak ini kerana menggunakan dialek Sarawak yang jarang-jarang sekali dikongsikan dengan penonton. 

Kisah dalam telemovie “Raja Sungei” dikaitkan dengan watak utama bernama Adam yang cuba menghidupkan semula pertandingan lumba perahu yang pernah popular di kampung itu suatu masa dahulu tetapi niatnya telah ditentang oleh Latep. 

Latep menentang keras kerana ayahnya merupakan mangsa korban lumba perahu. Latep tidak mahu perkara yang berulang kembali. Berjayakah Adam memujuk orang kampung untuk mengembalikan semula kegemilangan Raja Sungai di situ? Telemovie ini menyaksikan lakonan mantap Anding Indrawani, Melati Mellisa, Wahab Daszz Hairaf dan Zielan Madinil.

Menarik perkongsian cerita dalam telemovie diberi tajuk “Mi Kolok” pula tentang pemuda dikenali sebagai Sharif tidak berpeluang untuk melanjutkan pengajian, dan terpaksa mengambil alih perniagaan keluarga iaitu mi kolok apabila ayahnya meninggal dunia.

Anding Indrawani…watak utama dalam Raja Sungei

Pelbagai cabaran dan dugaan dilalui oleh beliau hingga akhirnya masakan warisan keluarga, mi kolok itulah yang telah menyelamatkan kampung Sharif daripada tergadai kepada pemaju hartanah yang tamak. Bagaimanakah Sharif mendepani situasi tersebut? Telemovie ini dibintang oleh Syed Qadir Wan Mohammed, Sere’ie Sapie, Ferrazzillah Mohamad dan Nurbaizura Abu Mansor. 

Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan dua telemovie kekeluargaan yang pada masa sama menyuntik semangat jati diri dalam diri kita ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sunny Suwanmethanont & Mai Davika dalam drama MY AMBULANCE

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang M for Malaysia