in ,

Telemovie BOLEH DIAM TAK? Lakonan Sheera Iskandar

Kesepian serta kecewa dengan masalah yang melanda dirinya, Rahmat mencari jalan keluar dengan berkahwin lain. Namun adakah ini akan menyelesaikan masalah Rahmat? Dibintangi pelakon Sabree Fadzil, Sheera Iskandar, Aznah Hamid, Wan Raja, Ali Abdad dan Din Belon, saksikan telemovie bertajuk “Boleh Diam Tak?” mengisi slot Panggung Ahad pada 29 November ini, pukul 10.30 pagi di TV1.

Untitled

Kisah Kepincangan Keluarga Dalam Telemovie “Boleh Diam Tak?” di TV1

[dropcap]K[/dropcap]isah kekeluargaan ini bermula dengan plot empayar perniagaan Rahmat seorang pemaju perumahan menuju kemusnahan akibat sikap ego dan tegasnya dalam urusan pentadbiran syarikat. Sikap pemarahnya menyebabkan menantu lelakinya Azman meletakkan jawatan di dalam syarikatnya serta anak lelaki tunggalnya Helmi tidak berminat untuk bekerja denganya. Oleh itu hanya Salim sahaja, anak saudara isterinya Rokiah membantu dia mengendalikan syarikatnya. Malangnya sikap Salim yang tidak jujur menyebabkan syarikatnya menuju kehancuran.

Perkara yang sama berlaku ke atas keluarganya di rumah Azman dan anak perempuannya Salmah telah keluar dari rumah manakala hubungan antara Rahmat dan Rokiah renggang akibat sikap Rokiah yang aktif bersatuan. Helmi pula kurang berada di rumah kerana tidak tahan dengan Rahmat yang sering membebel terhadapnya. Bagi mengurangkan rasa tekanan kepada dirinya, Rahmat banyak berkongsi hidupnya dengan pemandu peribadinya Abu.

Helmi cuba berdikari namun sering menuju kegagalan. Pertemuan yang tidak dirancang dengan Ramona berjaya menyedarkan Helmi erti kehidupan yang sebenar. Sikap Ramona yang baik budi pekerti dan amat menitik beratkan soal kemanusian menarik minat Helmi untuk mendekatinya.

Pertengkaran antara Rahmat dan Azman yang berpunca dari hasil tipu muslihat Salim memberi inspirasi keatas diri Azman agar tidak mahu bergantung hidup dengan Rahmat. Keadaan ini membuatkan Salmah terpaksa hidup dalam kekurangan. Keadaan bertambah perit apabila perniagaan Azman mula merosot dan dalam masa yang sama Azman sedang menyambung pelajarannya di universiti. Kesempitan hidup yang dialami oleh Salmah menyebabkan dia bertekad untuk meringankan beban yang dipikul oleh azman dengan berjinak-jinak menjalakan perniagaan di internet.

Untitled

Sifat salim yang tidak jujur dalam urusan kewangan syarikatnya telah dapat dihidu oleh Rahmat dan hanya menunggu masa untuk menyerahkan Salim kepada pihak berkuasa. Namun keran tidak mahu melukai hati isterinya, Rahmat menangguhkan hasratnya itu. Salim yang sedar akan bahaya yang menantinya cuba mencrai jalan bagi menyelamatkan dirinya.

Perkahwinan rahmat dengan Suriati seorang gadis Indonesia di Medan sedikit sebanyak mengubati hati Rahmat yang kesunyian. Namun begitu kegembiraan yang dikecapi hanya sementara keraan rahsia hubungan itu telah diketahui oleh Salim yang mengambil kesempatan tersebut dengan mengugut Rahmat supaya tidak mengambil tindakan terhadap dirinya.

Malangnya samseng yang diupah oleh Salim telah mengugut Rahmat wang sebanyak 100 ribu ringgit agar rahsia hubungan dia dan Suriati tidak diketahui oleh Rokiah. Walau bagaimana pun Abu sedar tentang bahaya yang akan dihadapi oleh Rahmat segera melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dimana akhinya Salim dan rakan-rakanya semua ditangkap polis.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ning Baizura Ada Tips Guna Cecair Pencuci

Gandingan Pelakon Hebat Dalam Telemovie WAN EMBONG