in

Telekom Malaysia Penaja Platinum Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017

Telekom Malaysia Berhad (TM) selaku Penaja Platinum untuk Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 atau KL2017), sekali lagi menyatukan seluruh rakyat Malaysia bagi bersama-sama menzahirkan sokongan kepada para atlet negara yang bakal bertanding di kedua-dua Sukan yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

TM staff getting into the spirit of Team Malaysia

TM akan menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta kemudahan penyiaran di Pusat Media, Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) dan di semua bilik sekretariat Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) di kesemua 38 lokasi pertandingan, bagi memberikan liputan dan keputusan perlawanan tepat pada waktunya, sama ada untuk disiarkan di dalam atau luar negara agar peminat sukan di rantau ini berpeluang untuk bersama-sama merasai debaran acara sukan yang dipertandingkan.

Pusat Kecemerlangan Mobiliti TM, webe, juga akan memperluaskan liputan perkhidmatannya di Stadium Negara serta di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di mana beberapa acara sukan turut akan berlangsung bagi membolehkan para penyokong merasai pengalaman yang terbaik. Selain itu, webe juga akan menaja sebanyak 1,000 kad SIM webe kepada kontinjen negara bagi membolehkan mereka kekal berhubung dengan keluarga dan orang tersayang.

“TM amat berbangga kerana menjadi rakan yang diyakini bagi KL2017 untuk membawakan liputan yang menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia di mana sahaja dan bila-bila masa untuk mereka bersatu menzahirkan tanda sokongan kepada atlet kebangsaan yang berjuang di gelanggang sendiri. Sebagai Peneraju Konvergens Negara, kami juga menyediakan pelbagai platform bagi membolehkan orang ramai untuk turut serta, mengikuti dan berkongsi detik-detik penuh bermakna sepanjang berlangsungnya temasya KL2017,” kata Izlyn Ramli, Naib Presiden, Jenama dan Komunikasi Kumpulan, TM.

Antara platform digital yang disediakan adalah “Kuala Lumpur 2017 Official Channel” di laman YouTube yang menempatkan 15 saluran termasuk dua (2) saluran secara langsung bagi acara- acara terpilih dan 13 saluran video-on-demand. TM juga akan mempertingkatkan kandungan saluran berkenaan dengan memaparkan kisah-kisah yang memberi inspirasi mengenai atlet negara serta komuniti. Terdapat juga laman mikro (microsite) KL2017 di laman sesawang TM Team Malaysia yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai KL2017. Aset-aset digital ini akan menjadi medium untuk rakyat Malaysia menyaksikan siaran secara langsung selain mendapat maklumat terkini mengenai keputusan terkini dan jadual perlawanan. Ini memastikan seluruh rakyat Malaysia tidak ketinggalan untuk menyaksikan dan berkongsi detik-detik penuh bermakna bagi setiap acara sukan kegemaran mereka.

Selain memastikan kesemua perlawanan dapat diakses menerusi pelbagai platform dan peranti, TM menerusi TM Team Malaysia turut membariskan pelbagai aktiviti menarik berkaitan KL2017 untuk disertai oleh para peminat sukan tempatan menerusi acara-acara yang dianjurkan di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara.

“TM amat berbangga kerana dapat memperkasa pasukan negara dan menghubungkan sokongan rakyat Malaysia melalui TM Team Malaysia, di mana kami berharap ia dapat menyuntik semangat juang para atlet di waktu mereka memerlukannya kerana kami yakin dan percaya akan kebolehan dan potensi mereka,” kata Izlyn.

“Para atlet dan rakyat Malaysia yang mendapat inspirasi daripada para atlet berkenaan, akan memberi kesan positif yang cukup besar kepada kita semua sebagai sebuah negara, dan bagaimana kita dapat mengubah golongan belia melalui sukan,” tambahnya.

Dilancarkan pada tahun 2011, TM Team Malaysia menghimpunkan sokongan rakyat negara ini sebagai tanda sokongan kepada atlet-atlet kebangsaan dan kontinjen negara dengan menggerakkan, menganjurkan dan menyatukan para penyokong di bawah satu bendera bagi menaikkan semangat para atlet untuk berjuang demi negara. TM Team Malaysia secara rasminya telah diumumkan sebagai “Penyokong Rasmi Atlet Kebangsaan” oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan pada majlis Anugerah Sukan Negara ke-50, tahun lalu.

Bagi membangkitkan lagi semangat para atlet, TM telah menghasilkan sebuah video iklan yang penuh inspirasi bertajuk “Kebanggaan Kami, Selamanya” yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan dan di pawagam di seluruh negara bagi mengingatkan kita akan kepayahan dan saat sukar para atlet untuk meraih kecemerlangan dalam sukan.

Orang ramai juga berpeluang memenangi jersi Team Malaysia dan tiket untuk menonton KL2017 secara langsung dengan memaparkan pelekat kereta ‘SEMANGATKU’ di mana sebanyak sejuta keping pelekat sedang diagih-agihkan oleh Skuad Bergerak Astro yang juga merupakan sebahagian daripada Team Malaysia selain di Kedai Mesra Petronas, pusat isian semula terpilih di Lebuhraya PLUS dan premis TMpoint di seluruh negara.

Lagu ‘Gemuruh Suara’ – yang pertama kali diperdengarkan pada tahun 2011 menjelang Sukan SEA ke-26 apabila Jalur Gemilang diserahkan secara rasmi kepada Kontinjen Malaysia – telah disusun semula dengan diberi rentak yang lebih segar dan menampilkan penyanyi Raja Syahiran, Elizabeth Tan dan Ayda Jebat. Berlatarbelakangkan lagu yang telah disusun semula itu, rakyat Malaysia boleh memberi sorakan kepada atlet negara melalui laungan khusus yang dihasilkan TM yang mana semua ahli TM Team Malaysia boleh mempelajarinya menerusi lima (5) video menarik di “Kuala Lumpur 2017 Official Channel” di YouTube dan juga di laman Facebook Team Malaysia serta laman web TM Team Malaysia.

TM counts down to KL2017

Bersempena dengan Sukan SEA KL2017 pada Ogos ini, HyppTV turut memperkenalkan tiga (3) saluran KL2017, termasuk satu Saluran Interaktif PERCUMA untuk pelanggan HyppTV. Saluran Sukan SEA KL2017 di HyppSports HD (saluran 720 dan 721) akan menyiarkan liputan semua 38 acara sukan KL2017. Saluran ini akan bersiaran selama 24 jam sehari, ketika berada di rumah atau di mana sahaja, secara PERCUMA untuk pelanggan HyppTV Everywhere bagi membolehkan mereka menonton kesemua aksi KL2017 menerusi telefon pintar, TV pintar, tablet atau komputer riba, pada bila-bila masa, di mana sahaja dan di pelbagai rangkaian sepanjang tempoh tontonan percuma itu.

Selain itu, saluran interaktif KL2017 juga boleh diakses dengan menekan butang-i pada alat kawalan HyppTV. Saluran interaktif ini akan memberikan maklumat terkini mengenai KL2017, laporan berita, jumlah kutipan pingat, jadual pertandingan, sorotan video dan banyak lagi. Saluran KL2017 di HyppTV akan beroperasi bermula pada 19 hingga 30 Ogos 2017

Sementara itu, sepanjang tempoh temasya, TM akan menghantar pasukan soraknya yang terlatih untuk memberi sokongan kepada para atlet di beberapa lokasi pertandingan terpilih. Jadi, ayuh sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga serta bersoraklah bersama-sama!

Bangkitlah rakyat Malaysia! Sokonglah atlet kita di KL2017! #BangkitBersama #KamiTeamMalaysia #SemangatNegaraku #Negaraku

Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my dan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TM Team Malaysia, layari www.teammalaysia.my, ikuti juga laman FB Team Malaysia atau @TeamMsia di Twitter.

Izlin launching 1 million Team Malaysia car stickers giveaway

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik KELILING DUNIA Altimet & The Kawan Band

Sinopsis Filem ABANG LONG FADIL 2