in , ,

Telefon Pintar HONOR 400 Lite Hadir di Malaysia Pada 25 April 2025

Telefon Pintar Yang Bergaya, Bijak Dan Mampu Dimiliki Dengan Ciri AI Pintar Ala Flagship Premium

HONOR sekali lagi mencuri perhatian dengan pengumuman rasmi pelancaran HONOR 400 Lite di pasaran Malaysia pada 25 April 2025. Ini bukan sekadar pelancaran telefon pintar biasa, tetapi menandakan kemunculan sulung HONOR 400 Series di tanah air – satu langkah berani untuk menjadikan teknologi AI premium lebih mampu dimiliki oleh semua.

Apa yang paling mengejutkan? HONOR 400 Lite membawakan fungsi seakan butang kamera iPhone 16 – dikenali sebagai AI Button – tetapi pada harga bajet yang jauh lebih mesra dompet.

HONOR menggelarkan peranti ini sebagai “pembunuh iPhone bajet”, dan setelah meneliti spesifikasi serta fungsi yang ditawarkan, memang ada benarnya. Dari segi kamera, hayat bateri, paparan skrin, hingga ke fungsi AI, semuanya diberikan peningkatan besar-besaran berbanding model sebelumnya.

AI Button: Butang Pintar Serba Guna Yang Menjadikan Hidup Lebih Mudah

Ciri paling menonjol pastinya AI Button, yang jauh lebih bijak daripada sekadar mengambil gambar atau merakam video. Dengan satu tekan sahaja, pengguna boleh:

  • Mengakses maklumat serta-merta
  • Dapat bantuan kerja harian secara automatik
  • Menterjemah kandungan dalam masa nyata
[Social Media] HONOR 400 Lite AI Button

Semua ini dimungkinkan menerusi kerjasama dengan Google Lens dan Google Gemini, menjadikan peranti ini seolah-olah pembantu peribadi AI dalam poket anda.

Fungsi Kamera Penuh Kuasa Dengan Hanya Satu Tekanan

Dengan AI Camera Control, pengguna tak perlu lagi berhadapan dengan kawalan skrin yang leceh. Ambil gambar, rakam video atau laras fokus kini semudah satu tekan atau sentuhan. Fungsi slide untuk zoom dan tap untuk fokus automatik menjadikan pengalaman merakam momen lebih mudah, tepat dan menyeronokkan.

Google Lens: Pembantu Pintar Dalam Kamera Anda

Tak tahu nama tumbuhan? Tertarik dengan bangunan bersejarah? Atau nak tahu jenis kucing yang comel tu? Snap gambar dan dapat jawapan serta-merta dengan Google Lens yang terbina dalam.

HONOR 400 Lite Camera

Fungsi ini juga sangat berguna ketika membeli-belah – hanya ambil gambar kasut atau beg yang anda suka, dan HONOR 400 Lite akan paparkan produk serupa lengkap dengan harga dan link beli online. Untuk pelajar pula, gunakan Homework Mode untuk ambil gambar soalan sains atau matematik dan dapatkan jawapan lengkap langkah demi langkah.

Terjemah Menu, Papan Tanda, Atau Dokumen Dengan Sekelip Mata

Dengan Translate Mode, pengguna boleh menterjemah teks dari pelbagai bahasa secara langsung. Sama ada anda melancong, menelaah atau hanya ingin memahami kandungan dalam bahasa asing, ciri ini menjadikan HONOR 400 Lite rakan perjalanan dan guru mini yang setia.

Google Gemini: Pembantu AI Peribadi Di Hujung Jari

Satu lagi ciri pintar yang ditawarkan ialah akses kepada Google Gemini – pembantu AI yang mampu menjana idea, menulis emel, merancang percutian, atau memberi ilham projek anda.

Tekan lama pada Power Button, dan anda boleh:

  • Akses aplikasi Google seperti Maps, YouTube, Flights dan Hotels
  • Bertanya soalan dalam masa nyata dengan Gemini Live
  • Minta nasihat atau rehearse ucapan penting

Pendek kata, HONOR 400 Lite ini bukan sekadar peranti, tapi alat bantu hidup yang lengkap dan efisien.

HONOR 400 Lite

Ciri AI Lain Yang Menjadikan Hidup Lebih Pintar

HONOR 400 Lite turut menyertakan pelbagai ciri suntingan berasaskan AI seperti:

  • AI Eraser – untuk padam objek yang tak diingini dalam gambar
  • AI Outpainting – untuk sambung latar belakang imej dengan kreatif
  • Face-to-Face Translate – penterjemahan perbualan secara langsung
  • Magic Portal dan Circle to Search oleh Google

Setiap satu direka untuk menjadikan pengalaman digital pengguna lebih lancar, bijak dan menyeronokkan.

APA KATA BUDIEY?

Pada pandangan Budiey, HONOR 400 Lite adalah gandingan sempurna antara gaya, prestasi dan teknologi AI canggih – semuanya dibungkus dalam satu peranti yang mesra bajet. Ia jelas satu langkah strategik dari HONOR untuk mendemokrasikan akses kepada teknologi AI, yang selama ini dianggap eksklusif kepada telefon flagship.

Dengan pelancaran pada 25 April ini, Budiey cadangkan korang yang nak naik taraf telefon tanpa poket koyak, mula bersedia dari sekarang. HONOR 400 Lite bukan sahaja untuk generasi muda yang aktif, tapi juga untuk sesiapa yang perlukan telefon pintar yang pintar betul-betul.

Nak tahu lebih lanjut? Jangan lupa ikuti laman rasmi HONOR Malaysia dan layari www.honor.com/my untuk info terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem ‘Sinners’: Kisah Vampire Tahun 1932 Tapi Dengan Sentuhan Moden