in ,

Senarai Telefilem Menarik Sepanjang Februari 2016 di TV9

Sepanjang Februari ini, pelbagai telefilem menarik bakal menemui penonton setia TV9 menerusi slot Skrin di 9 setiap hari Isnin, jam 8.30 malam. Antaranya ialah Kaki Kipas (1 Feb), Biah Sport (8 Feb), Yang Mana Satu (15 Feb), Hilangnya Kasih (22 Feb) & Mama Sado (29 Feb).

Malah telemovie-telemovie ini dibintangi nama besar seperti Awie, Dayana Roza, Dato’ Jamali Shadad, Fattah Amin, Raja Ema, Janna Nick dan ramai lagi.

KAKI KIPAS (1 FEBRUARI 2016)
Shah, Paiz dan Aju terkenal dengan sikap ‘mengampu’ di pejabat mereka. Oleh sebab sikap mereka itu jugalah mereka terpaksa bersaing sesame sendiri untuk memenangi hati bos mereka iaitu Datuk Faizal. Persahabatan mereka makin terjejas sejak kehadiran pekerja baru, Erin. Erin sentiasa bercakap lembut, perlahan, berperwatakan menarik namun bagaikan mempunyai misteri. Shah menyukai Erin namun dalam masa yang sama Erin juga rapat dengan Datuk Faizal. Suatu hari, ketika pembersih pejabat, Kak Comel sedang mengangkat kotak di sekitar pejabat mereka, keluar seekor lipas tercampak ke atas meja Erin. Maka Erin pun menjerit dan melompat ke arah Datuk Faizal. Semua orang terkejut akan suara Erin yang kasar seperti lelaki. Datuk Faizal memberi penjelasan bahawa Erin adalah anak buahnya yang mengalami sakit tekak kerana ketika kecil dulu dia tercekik biji durian.
Pelakon: Anas Ridzuan, Adam Shah, Bell Ngasri, Awie Wings, Ebby Yus, Ezzaty Abdullah, Siti Chubby
Pengarah: Nazir Jamaluddin
Penulis Skrip: Rizalwan Ramli
Produksi: Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd

BIAH SPORT (8 FEBRUARI 2016)
Mengisahkan Biah yang diberi gelaran Biah Sport kerana gemar mengenakan kasut sukan mahupun berbaju kurung. Biah seorang yang sentiasa positif dan hidup tanpa menghiraukan komen yang dilemparkan terhadap dirinya. Biah menyimpan keinginan untuk menjadi chef pastri. Keinginan Biah untuk mengikuti pengajian di pusat latihan seni masakan mendapat cabaran kerana dia dibenci oleh Encik Radzi, pengelola pusat tersebut. Namun Biah kini mempunyai azam baru dan mula berubah apabila mengenali seorang lelaki Cina yang bernama Alex yang yang tinggal bersama pak ciknya di kampung setelah kematian ibu bapanya. Keunikan dan ketulusan Biah membuatkan Alex tertarik dan berkawan dengannya. Keakraban Biah dan Darren menimbulkan rasa kurang senang pada Faiz, rakan Biah sejak kecil yang dalam diam telah menaruh hati padanya.
Pelakon: Dayana Roza, Sean Lee, Harris Alif, Dato Jamali Shadad,
Pengarah: Zamri
Produksit: Timore Niaga Sdn Bhd

YANG MANA SATU (15 FEBRUARI 2016)
Yang Mana Satu mengisahkan kehidupan Azhar sebagai seorang pemuda yang berwajah kacak tetatpi berperilaku buruk selain mempunyai sikap pemalas dan hanya mengerjakan sesuatu dengan hanya sambil lewa. Sikapnya itu membuatkan Puan Aminah memaksa Azhar menerima pekerjaan sebagai pembantu peribadi Dato’ Khalid. Suatu hari apabila dia hampir terlanggar seorang gadis bernama Mira yang sedang melintas jalan, Azhar telah terpikat dengannya. Bagi memenangi hati Mira, Azhar mula berlagak seperti orang kaya dan berjaya membuatkan Mira jatuh cinta padanya. Penipuannya berakhir apabila Cik Gayah, ibu kepada Mira juga adalah kekasihnya.
Pelakon: Fattah Amin, Puteri Najuwa, Maria Farida, Hairi Safwan, Khatijah Tan, Zazli Baginda, Raja Ema
Pengarah: Aizol Arsyad Putra
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd

HILANGNYA KASIH (22 FEBRUARI 2016)
Qaisara dan Fuad adalah pasangan suami isteri yang telah bercinta sejak di kolej lagi. Qaisara masih mempunyai kedua orang tuanya iaitu Pak Latif dan Mak Mah manakala Fuad adalah anak yatim. Kebahagian rumah tangga mereka direntap apabila suatu malam rumah mereka dimasuki pencuri. Berlaku pergelutan yang menyebabkan Fuad dipukul di kepala dan kakinya ditetak batang besi. Fuad berjaya diselamatkan namun dia disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu sakit mental. Dia dijaga oleh Qaisara dengan penuh kesabaran. Sebulan berlalu, Qaisara kembali bekerja dan Fuad dijaga oleh Pak Latif dan Mak Mah. Disebabkan keadaan Fuad yang di luar kawalan, dia dikurung. Sehingga suatu hari, Fuad hilang pertimbangan dan telah tertikam Mak Mah. Qaisara reda dengan dugaan berat yang menimpanya. Akhirnya Qaisara memohon fasakh walaupun perasaan sayang kepada Fuad tidak pernah pudar.
Pelakon: Janna Nick, Fezrul Khan, Normah Damanhuri, Hilal Azman
Pengarah: Shuhaimi Lua
Produksi: Tanah Beris Sdn Bhd

MAMA SADO (29 FEBRUARI 2016)
Andra Raina malu untuk mengaku wanita yang berperwatakan seperti seorang lelaki itu adalah ibunya, Shamsiah. Sungguhpun Shamsiah gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi, dia adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Andra memperkenalkan Idris, teman lelakinya kepada Shamsiah dan mereka mempunyai keserasian tentang motosikal berkuasa tinggi. Namun tidak bagi ibu Idris yang tidak gemar akan perubahan Idris. Andra melarikan diri kerana tertekan dengan keadaan yang terjadi. Shamsiah mulai rasa sedar yang dia tidak boleh berterusan sebegitu. Dia mula berubah kepada seorang wanita yang feminin. Andra pulang dengan lega namun dia perasan yang ibunya tidak seceria dulu. Menjelang hari perkahwinan Andra dan Idris, Shamsiah resah menunggu Andra yang tidak kunjung tiba. Lalu dikejutkan dengan sekumpulan geng motosikal berkuasa tinggi mengiringi ketibaan Andra dan Idris disusuli paluan kompang untuk memeriahkan majlis mereka.
Pelakon: Didie Alias, Miera Liyana, Ben Amir, Isma Danial, Enot.
Pengarah: Haizul
Produksi: Wiranusa Corporation Sdn Bhd

Jangan lupa saksikan telefilem-telefilem menarik sepanjang bulan Februari menerusi Skrin di 9, setiap hari Isnin, jam 8.30 malam. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.tv9.com.my dan laman sosial Facebook/TV9DiHatiku, Instagram dan Twitter @TV9Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotel Review Lexis Port Dickson

Akim Ahmad & Stacy Sah Nikah Bergelar Suami Isteri