in

Telefilem Menarik Sepanjang April di TV9

TELEFILEM MENARIK SEPANJANG APRIL

Bulan April ini akan menjadi lebih menarik dengan siaran tiga telefilem yang pastinya akan membuat anda melekat di depan kaca tv pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam. Menerusi slot Skrin Di 9, kesemua telefilem yang akan disiarkan ini mempunyai genre yang berbeza iaitu komedi, romantik dan juga kekeluargaan untuk tontonan orang ramai yang mempunyai citarasa tersendiri.

Isnin, Selasa, Rabu: 6 April 2011, 8.30 malam.
Skrin Di 9 yang bermula pada jam 8.30 malam pada setiap Rabu ini akan menghiburkan penonton dengan keletah tiga jejaka bernama Isnin, Selasa, Rabu yang ingin mencari pekerjaan di ibu kota. Telefilem komedi lakonan Wahid, Munir, Ilya Buang, Dato’ Jamalil Shadat, Nadia Mustafa, Amanda Misbun dan Dottie akan disiarkan pada 6 April 2011 ini.

Ketiga-tiga mereka datang dari kampung yang berlainan dan bertemu di di hadapan sebuah sebuah premis perniagaan yang kononnya bersetuju untuk memberi mereka kerja selepas membuat bayaran sebanyak RM200 seorang. Kerana terdesak mereka telah membayar kepada agensi tersebut.

Setelah menyedari mereka telah ditipu oleh agensi pekerjaan tersebut, mereka menjadi buntu dan akhirnya duduk di kaki lima sambil menceritakan tentang latar belakang masing-masing dan bagaimana mereka boleh berada di Kuala Lumpur. Dalam kebuntuan mencari kehidupan di sana, mereka telah berjaya menewaskan dua orang perompak yang mahu mencuri kereta Tuan Haji Jumaat, seorang pemilik restoran. Untuk membalas budi mereka, Tuan Haji Jumaat menawarkan Isnin dan Selasa untuk bekerja di restorannya manakala Rabu pula menjadi pemandu peribadinya.

Rupa-rupanya Tuan Haji Jumaat mempunyai tiga orang anak perempuan yang sangat jelita iaitu Melati, Kenanga dan Melur. Isnin, Selasa dan Rabu masing-masing mula jatuh cinta dengan anak-anak Tuan Haji Jumaat dan cuba melakukan apa sahaja untuk menawan hati mereka. Dapatkah tiga bujang ini memikat anak dara Tuan Haji Jumaat? Saksikan telefilem lucu Isnin, Selasa, Rabu pada 6 April (Rabu) ini jam 8.30 malam ini.

Nadia Mustafa sebagai Melati

Kasih Fatimah: 13 April 2011, 8.30 malam.
Skrin di 9 diteruskan lagi pada minggu seterusnya iaitu 13 April jam, 8.30 malam dengan judul Kasih Fatimah. Telefilem ini digarab dari kisah Fatimah Al-Khatab, yang merupakan antara wanita terawal memeluk agama Islam. Cerita dimulai dengan Imran dan adiknya, Fatimah, yang hidup dalam serba kemewahan dengan harta yang diwasiatkan oleh arwah ibu-bapa mereka. Hidup mereka dua beradik penuh dengan hiburan dan majlis keramaian dan Imran pula sering bertukar-tukar pasangan. Mereka tidak pernah rasa segan silu dengan penduduk kampung yang berdekatan kerana mereka menganggap arwah orang tua mereka banyak membantu orang kampung di situ.

Akibat lalai dan tenggelam di dalam syurga dunia dan hanyut dihasut syaitan, Imran mula bersikap ego dan sering bermegah-megah dengan kemewahannya itu. Imran juga kini jarang sekali melakukan ibadah yang diwajibkan. Lama-kelamaan, Fatimah merasakan tiada ketenangan dan ada sesuatu yang kurang di dalam dirinya. Sejak itu, timbul di dalam hati Fatimah untuk berubah dan meninggalkan segala perbuatan yang menyalahi agama. Secara kebetulan pula, Fatimah berkenalan dengan Zali, seorang pemuda yang warak dan mempunyai tingkah laku yang baik. Imran tidak menyenangi hubungan adiknya Fatimah dan Zali, apatah lagi apabila mereka ingin mendirikan rumahtangga. Namun kerana kasih dan sayangnya terhadap Fatimah, dia membenarkan mereka berkahwin.

Sedikit demi sedikit, Zali telah membantu Fatimah untuk menjadi seorang muslimah dan mengajarnya tentang agama Islam. Imran tidak senang dengan perubahan di dalam diri adiknya dan dia melarang adiknya dari memakai tudung. Bukan itu sahaja, Imran juga melarang sesiapa membaca Al-Quran di dalam rumahnya. Namun, segala larangan dan ugutan dari Zali tidak diendahkan. Apakah tindakan Imran seterusnya? Untuk mengetahui kesudahan Kasih Fatimah yang dilakonkan oleh barisan pelakon berpengalaman seperti Zul Huzaimy, Nabila Huda, Ezany Nizariff dan Idris Md Diah, jangan lupa temujanji anda bersama kami menerusi Skrin Di 9 pada 13 April ini, jam 8.30 malam.

6

Diari Suami 9 Bulan: 20 April 2011, 8.30 malam.
Hiburan malam Rabu anda diteruskan bersama Skrin di 9 pada 20 April ini dengan telefilem romantik komedi Diari Suami 9 Bulan lakonan Intan Ladyana, Norliana Samsuddin, Kamal Adli dan Cat Farish. Ianya berkisarkan tentang alam rumahtangga dua beradik perempuan iaitu Zara dan Zana yang kebetulan di dapati mengandung pada masa yang sama. Maklumlah, ketika mengandung, pelbagai karenah perlu dihadapi oleh si suami iaitu Hairul dan Fazli. Apatah lagi apabila isteri-isteri mereka mengidamkan sesuatu yang pelik dan perli dicari sehingga dapat.

Sejak kedua anak perempuan Zahadi dan Aliza ini mengandung, setiap hari rumah mereka pasti berlaku kekecohan. Tekanan bukan sahaja dirasai oleh kedua ibu bapa mereka tetapi yang paling dahsyat iaitu kedua suami mereka. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat menerusi telefilem ini terutamanya ketika Zana dan Zara mengamuk setiap kali permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Hairul dan Fazli sepanjang 9 bulan isteri-isteri mereka mengandung. Dapatkah kedua-dua suami ini tahan dengan karenah isteri masing-masing? Saksikan keletah lucu dan juga romantik pasangan suami isteri ini pada 20 April ini jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 secara eksklusif di saluran Di Hatiku.

Selamat menonton!

Wahid Senario sebagai Isnin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Monumental Challenge

Nurhafizah Pecah Tabung Itu Aje Suria FM