Tribute P.Ramlee : ‘Siapa Tipu Siapa’ Telefilem Komedi Kisah Rumah Tangga Lakonan Amy Mastura, Syed Aiman dan Amyza Adnan di TV1
[dropcap]R[/dropcap]ealitinya kisah pasangan yang curang dalam perhubungan suami isteri dianggap cukup serius kerana menjejaskan hubungan masing-masing. Namun menerusi slot Tribute P.Ramlee yang mula mendapat perhatian ramai setiap hujung minggu, telefilem berjudul ‘Siapa Tipu Siapa’, isu ini di ketengahkan secara santai dalam bentuk komedi ringan namun sarat dengan pengajaran berguna.
[pullquote align=”right”]Telefilem Komedi Siapa Tipu Siapa akan disiarkan pada 9 Disember, jam 9.00 malam di TV1[/pullquote]
Di tangan pengarah terkenal Aziz M. Osman, saksikan aksi menarik Syed Aiman, Amy Mastura, Aziz M. Osman, Amyza Adnan, Norman Hakim dan Watie Sadali pada 9 Disember, jam 9.00 malam di TV1 menghidupkan watak komedi masing-masing berdepan skandal yang saling berkait antara satu sama lain. Menariknya sebentuk cincin menjadi penggerak cerita ini.
Amy Mastura
Kongsikan kisah Badrul yang suka memikat wanita walaupun sudah beriteri. Isterinya Alia sering mendengar kawan-kawannya bercerita tentang Badrul. Namun Badrul selalu menafikan dan mendakwa itu semua adalah fitnah dan Alia walaupun sangsi terpaksa menerima penjelasan Badrul.
Satu hari cincin milik Alia yang bernilai RM5 ribu hilang dan sebenarnya ia dicuri oleh Badrul yang ingin menghadiahkannya kepada Shah, kekasih barunya. Shah sebenarnya isteri kepada Iman yang kesunyian kerana suaminya kurang memberikan perhatian terhadapnya dan status isteri orang itu dirahsiakan daripada pengetahuan Badrul.
[dropcap]R[/dropcap]isau Iman bakal bertanyakan siapakah yang menghadiahkannya cincin tersebut, Shah berpakat dengan teman baiknya Emy untuk menggadaikan cincin itu dan minta ditebus oleh Iman dengan alasan mahu membantu Emy yang dalam kesusahan. Iman bersetuju menebus cincin itu tetapi dia merancang pula menghadiahkannya kepada Sara, kekasih gelapnya. Dia lalu membeli cincin yang murah untuk diberikan kepada Shah. Takut rahsianya terbongkar, Shah hanya mendiamkannya sahaja.
Sara amat gembira dengan hadiah cincin diberikan Iman. Maklumlah, sepanjang perkahwinan dengan Razis, suaminya itu tidak pernah menghadiahkan cincin yang mahal sebegitu. Risau suaminya bertanya dari mana cincin itu diperolehi, Sara menyimpan cincin itu di depan pagar rumahnya.
Satu hari Razis terpijak cincin itu dan meskipun terkejut dia merahsiakannya daripada Sara. Sara kecewa kerana cincin kesayangannya hilang. Razis pula mahu menghadiahkan cincin itu kepada wanita yang diminatinya, Alia.
Dalam satu majlis reunion, mereka secara kebetulan telah bertemu. Masing-masing antara Alia, Shah dan Sara mula menimbulkan kekecohan berebutkan cincin yang satu itu. Lalu siapakah yang layak sebenarnya memiliki cincin itu?