Slot Tribute P.Ramlee : Telefilem “Di Mana Ku Cari Ganti” Papar Kisah Cinta Suami dan Isteri
[dropcap]D[/dropcap]i mana kan ku cari ganti, Serupa dengan mu, Tak sanggup ku berpisah, Dan perhati patah, hidup gelisah… itulah antara bait bait lagu bertajuk Di Mana Ku Cari Ganti gubahan dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem Ibu Mertua Ku.
Keindahan lagu tersebut memberi inspirasi bagi pengarah tersohor Osman Ali yang mengadaptasikan lirik lagu Di Mana Ku Cari Ganti kepada sebuah telefilem menerusi Slot Tribute P.Ramlee.
[pullquote align=”right”]Minggu ini tajuk ‘Di Mana Ku Cari Ganti’ menerusi slot Tribute P.Ramlee bersiaran pada 2 Disember ini, hari Ahad, jam 9.00 malam di saluran TV1.[/pullquote]
Telefilem lakonan Faezah Elai, Arja Lee, Farah dan Mislina Putera ini mengisahkan kisah cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya yang telah meninggal dunia akibat tergelincir jatuh ketika membasuh kain. Ketika itu isterinya, Chah sedang mengandung anak sulung mereka.
[dropcap]K[/dropcap]ejadian 6 tahun yang lepas benar-benar menghantui fikiran Azhar. Setiap hari Azhar tidak dapat melupakan isterinya. Kehidupan yang dilalui Azhar amat sunyi dan penuh kesedihan. Hanya potret isterinya menjadi kenangan bagi mengubati rindunya terhadap isterinya yang telah pergi. Kini anaknya Amira permata hatinya dan peneman sejati dikala sunyi. Amira terlalu rindukan ibunya, sebagai anak, dia ingin belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu. Naun, Azhar tidak mampu untuk mengubah takdir yang Esa dan hanya mampu berserah pada ketentuanNya.
Pada suatu petang Amira bersiar – siar di pusat membeli belah. Amira telah bertemu dengan seorang wanita , wajahnya saling tidak tumpah seperti ibunya. Amira beranggapan bahawa wanita tersebut adalah ibunya yang tidak pernah dijumpainya. Fatin, berasa terkejut apabila disapa oleh Amira.
Setelah memeluk Amira, Fatin merasakan sesuatu yang aneh terhadap kanak-kanak kecil ini. Naluri keibuan mengalir dalam dirinya tatkala bertemu dengan Amira. Dia merasakan sesuatu yang amat istimewa terhadap Amira.
Apabila pulang ke rumah Amira menceritakan kejadian tersebut kepada ayah, nenek dan datuknya. Azhar tidak mempercayai kata-kaat Amira. Manakala nenek dan datuknya mual berasa hairan dengan sikap Amira yang selalu menyebut nama Fatin yang disangka ibu kandungnya. Bagi Azhar, Chah tidak mungkin kembali, yang pergi tetap pergi. Chah isterinya tidak mungkin di cari ganti.
Namun, sejauh mana kebenaran akan kewujudan Fatin yang selama ini menjadi bayangan Chah kepada Azhar dan Amira? Mampukan cinta Azhar di cari ganti ? saksikan kesudahan kisah ini dalam Di Mana Ku Cari Ganti.
[pullquote]Gandingan mantap lakonan dari Faezah Elai dan Arja Lee pada 2 Disember ini, Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV1.[/pullquote]
Nantikan banyak lagi telefilem menarik mengisi slot sama selepas ini termasuklah Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Osman Ali); Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman); Jodoh Kita (Ismail Yaacob); Titisan Kasih (Rashid Sibir); Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah); Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Eirma Fatima) mengisi slot sama menampilkan pengarah-pengarah terkenal tanah air yang akan berentap untuk menghasilkan karya terbaik mereka pada Malam Anugerah P.Ramlee dijangka berlangsung tahun depan.
Penghasilan 10 telefilem mengisi slot Tribute P.Ramlee memaparkan plot cerita dan tajuk yang diolah daripada tajuk lagu dan senikata lagu yang pernah dicipta dan dinyanyikan legenda perfileman negara itu.