in , , ,

Telefilem ADIK TAK TIPU Singkap Kerenah Kanak-Kanak Berpuasa

Ketika umat Islam sedang bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak, desas-desus mengatakan bahawa adik Wafiy Ilhan telah pengsan ketika berpuasa! Ini adalah gara-gara merajuk dengan kakaknya yang telah tuduh dia tidak berpuasa. Keesokan harinya, Wafiy didapati pengsan oleh ibunya di bilik akibat tidak mahu berbuka puasa akibat kecewa dengan tuduhan kakaknya.Wafiy terus dibawa ke hospital oleh ibunya.

Namun, para peminat adik Wafiy Ilhan tidak perlu bimbang kerana keadaan cemas ini hanya berlaku dalam telefilem ‘Adik Tak Tipu!’ yang bakal keudara dalam slot Cereka Ahad pada hari Ahad, 21 Jun 2015 jam 10.00 malam di TV3.

ATT 1

ADIK WAFIY ILHAN PENGSAN KETIKA PUASA!

‘Adik Tak Tipu’, hasil karya Orangetree Production di bawah pengarahan saudara Azmi Hata yang mengandungi unsur pengajaran ini turut menampilkan barisan pelakon berpengalaman seperti Fauzi Nawawi dan Elly Mazlien, serta pelakon-pelakon muda seperti Afieq Shazwan dan Sweet Farhanna. Telefilem yang pasti menjadi satu tontonan penuh pengajaran ini adalah sebuah karya kelahiran.

Kisah bermula dengan Alfie (Wafiy Ilhan), seorang kanak-kanak nakal yang sering menimbulkan masalah kepada ibu bapanya (lakonan Elly Mazlien dan Fauzi Nawawi). Ibu bapanya sudah habis ikhtiar memikirkan cara menangani dan mententeramkan anak bongsunya yang hiperaktif. Pembantu rumah mereka, Yeni (lakonan Najua Nasir) merupakan mangsa buli utama Alfie.

Alfie suka menyakat Yeni dengan memecahkan pasu-pasu ibunya agar Yeni marah dan terpaksa mengemasnya. Selain Yeni, rakan-rakan di sekolah juga menjadi mangsa buli Alfie dan keadaan paling cemas ialah apabila Alfie menabur gam di atas kepala salah seorang rakan kelasnya. Ini menyebabkan ibu dan bapanya terpaksa berjumpa dengan guru disiplin.

Oleh kerana tindakan Alfie itu sudah diluar kawalan ibu bapanya, Alfie dibawa untuk bertemu seorang doktor pakar dan seorang ustaz dengan niat agar Alfie akan berlembut hati dan mendengar kata. Namun, ikhtiar ibu bapanya hanyalah sia-sia kerana Alfie tetap juga nakal seperti biasa.

Akhirnya ibu dan bapa Alfie mendapat idea untuk menggunakan bulan puasa sebagai cara untuk mendidik Alfie. Bapa Alfie berjanji kepadanya untuk membelinya satu hadiah lumayan sekiranya Alfie berjaya berpuasa penuh. Bermula pada hari itu, Alfie bernekad untuk berpuasa penuh dengan harapan untuk mendapat ganjaran dari ayahnya.

Segalanya berjalan dengan lancar dan Alfie mampu mempertahankan puasanya. Sehingga satu hari, Alfie berkecil hati kerana kakaknya (lakonan Sweet Farhana) menuduhnya tidak berpuasa. Alfie merajuk dan enggan untuk berbuka puasa bersama keluarganya. Hal ini menyebabkan Alfie mengalami dehidrasi lalu pitam dan tidak sedarkan diri.

Adakah Alfie mampu diselamatkan? Dapatkah Alfie menyambut Aidilfitri bersama keluarganya? Dapatkan jawapan anda dalam telefilem Adik Tak Tipu!, Ahad ini, 21 Jun 2015 dalam slot Cereka Ahad, jam 10.00 malam. Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

ATT 2

ATT 5

ATT 6

ATT 8

ATT 10

ATT 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Buffet Ramadan di Cinnamon Coffee House One World Hotel Petaling Jaya

Filem GANGSTEROCK Uji Kemampuan Soffi Jikan