Jujur. Nak tanya korang, telco mana lagi bagus buat masa sekarang ni. Maxis? Celcom? UMobile? DiGi? Eh, apa lagi telco ada kat Malaysia ni ya?
Percaya atau tidak, Budiey pernah cuba guna semua telco yang ada. Tapi dalam entri ini, bukan nak kutuk atau cari kekurangan atau pun nak hurai segala masalah yang timbul. Budiey rasa semua telco pasti ada masalah masing-masing. Biasalah, manusia sebagai pengguna tak pernah nak puas kan?
Budiey nak berterus terang kat sini dari sudut pandangan peribadi, telco mana yang best bagi Budiey.
Cakap pasal telco ni, teringat pula dengan kisah yang menimpa selebriti Dafi yang kena bayar RM9000 baru-baru ini. Dengarnya, Dafi sangat geram dan marah-marah sebab tak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan sampai Dafi siar di Twitter, suruh peminatnya jangan guna telco tersebut. Jalan penyelesaiannya, terminate dan berpindah ke telco lain.
Mungkin anda semua pernah mengalami pengalaman yang sama. Guna satu telco kemudian terminate, kemudian guna telco lain, tup tup terminat lagi. Kadang-kadang ada yang beberapa kali alih-alih, pusing-pusing tukar telco yang sama.
Sekarang ni, Budiey ada dua telefon bimbit, satu personal dan satu lagi untuk urusan kerja. Jadi, nak tak nak Budiey kena guna dua telco. Satu, Budiey guna Maxis. Untuk phone kedua, Budiey guna UMobile.
Budiey belum pernah guna DiGi tapi Celcom dulu pernah guna tapi sekejap je Budiey terminate sebab ada problem dengan liputan di lokasi Budiey tinggal ni. Memang tak dapat buat apa-apa la kan? Baik terminate je lah. Buat apa bayar bil tapi servis tak best. Eh?
Tinggal sekarang, Budiey bahagia dengan Maxis dan UMobile. Wah… bahagia gittuw! Katakaw!
Nak tanya kat sini, apa pendapat anda semua dengan pakej yang ditawarkan oleh semua telco yang ada sekarang ni? Pakej mana yang paling murah dan menjimatkan?
Okay, Budiey nak berterus terang kat sini sebab Budiey sekarang dah beberapa bulan dah guna postpaid MaxisOne Plan. So far, okay je. Takde masalah. Cuma bila balik kampung masa hari raya tu, ada line congested sikit.
Okay secara ringkas pasal MaxisOne Plan ni… pakej ini memudahkan kita untuk memilih pelan pascabayar daripada dua tawaran, berbanding dengan belasan tawaran pakej berbeza pada hari ini. Haa, takde la serabut nak pilih yang mana satu sebab pakej ni ada 2 pilihan je.
Haa, baguslah bila Maxis hanya fokus kepada dua tawaran “tanpa had†melalui pelan baru ini, dimana ia hadir dengan panggilan dan SMS tanpa had, dan akses internet berterusan – walaupun telah melangkaui penggunaan kuota. Best la kan kalau macam tu. Ye lah, quota dah habis tapi kita masih boleh melayari internet.
Perkara sama juga untuk penawaran daripada Maxis ini, di mana panggilan tidak terhad. Ya, Budiey ulangi sekali lagi, tidak terhad. Limitless! Jadi pengguna boleh buat panggilan sebanyak mana yang dia nak buat.
OnePlan hadir dengan dua pilihan, iaitu OnePlan dan juga OnePlan Lite. OnePlan menawarkan panggilan dan SMS “tanpa had†ke semua talian, sementara versi Lite hanya di kalangan pengguna Maxis sahaja.
Berbanding Digi dan Celcom, network 3G pada Maxis adalah yang terbaik setakat ini. Malah sekarang dah ada 4G. So far, dah dua tahun Budiey dapat gunakan bandwidth yang diberikan sepenuhnya. Walaupun Budiey rasa macam tak cukup dengan hanya dapat 2GB untuk data tapi Budiey bergantung dengan satu lagi pakej untuk surf internet iaitu 4G LTE yang dikuasakan dengan Mobile WiFi Modem dengan pakej Regular Streamer. Hanya bayar RM88 sebulan dan Budiey dapat guna 5GB data.
Sebenarnya, Budiey kurang membuat panggilan atau menghantar SMS. Tapi sejak melanggan MaxisOne Plan ni, kerap pula Budiey buat panggilan. Maklumlah, buat panggilan percuma. Selain itu, Budiey jarang ber-SMS sebab Whatsapp kan ada.
Jadi fungsi SMS tu semakin kurang releven sekarang ni. Kalau dulu, untuk panggilan, tak sampai RM50 pun dalam sebulan kan? Tapi alang-alang Budiey dah guna MaxisOne Plan ni, dah tak fikir pasal berapa RM lagi nak bayar sebulan sebab bayaran ni dah fix. Suka hati je nak call siapa kan?
Ramai orang cakap Maxis lagi mahal, tapi Budiey tak nampak pun kebenaran di sebalik komen tersebut. Setakat ni, saya rasa antara Maxis dan Digi, kos setiap bulan masih lagi lebih kurang sama. Tapi tak dapat lawan Umobile la kan sebab kalau lihat pada harga dan pakej Umobile, paling murah setakat ini.
Mungkin orang melihat dari segi Maxis yang mengenakan caj lebih tinggi untuk SMS dan panggilan ke operator lain berbanding Digi yang mengenakan flat-rate untuk semua panggilan dan SMS yang menyebabkan ianya dicop sebagai lebih mahal. Pada Budiey, itu semua bergantung kepada penggunaan. Betul tak?
Budiey kira, pakej MaxisOne Plan ni sesuai dengan gaya hidup Budiey yang selalu call selebriti untuk buat sesi temubual menerusi call. Sekarang dah tak perlu jumpa artis ya untuk sesi temubual sebab Budiey boleh call je. Tapi kadang-kadang tu, diorang sibuk tak jawab call kita. Tak pe.
Okaylah sekarang ni, Budiey nak hurai sikit perbezaan antara telco. Kita mulakan dengan Celcom.
Celcom
Nampaknya, plan Celcom antara yang paling mahal setakat ini. Antara kelebihan ialah Celcom menawarkan Auto Rate di mana secara otomatiknya akan transfer ke next tier jika dah guna lebih. Okay jika anda seorang selalu aktif guna data, Celcom ada menawarkan Celcom First One Plan.
DiGi
DiGi has by far the simplest and most straightforward postpaid plans in the market with four SmartPlans and one Postpaid Simple catered for the basic users. There is an iDiGi plan as well but it’s only catered for iPhone phone bundles only so let’s not go into that. Unlike the former two, DiGi’s postpaid plans comes bundled with literally everything you would need with a mobile line – talk time, SMS as well as data, starting from as low as RM50/month. As for those who require only calls and SMS, Postpaid Simple costs RM50/month with RM100 worth of usage; additional data can be purchased from as low as RM28/month for 250MB.
UMobile
Interestingly, U Mobile is both the cheapest and most expensive postpaid telco in Malaysia. It’s cheap because it offers 1GB of data for only RM28 and it even comes with free SMS. At the same time, t’s also the most expensive because its call and SMS rates are the most expensive compared to the other telcos, especially if you frequently call and text friends and families who are on a different network. Its SMS rates for U Mobile to U Mobile numbers (RM0.05) may be cheap but let’s face it, how many people do you know are on U Mobile?
But of course, that said, for heavy users, U Mobile has got Add-On services for all of its postpaid plans that gets you a fixed number of call minutes and SMS at a fixed price RM8/month for 80 minutes of offnet calls, that’s 10sen/min for the add on, half of the normal offnet call rates. When used right (if you actually use up all that is provided inside the bundle plus all the add-on you purchase), U Mobile actually has the cheapest offerings of them all.
Sekarang ini, apa yang menjadi faktor adalah harga dan juga pengguna bijak seperti anda perlu memilih berdasarkan keperluan. Tidak semua dari kita yang suka buat panggilan dan berbual dengan menggunakan internet adalah satu pilihan lain.
Bagi Budiey apa yang penting, kelajuan internet sebab Budiey kerja bergantung dengan internet 24/7. Kalau di lokasi kita tinggal tu hanya ada 2G atau 3G, memang patut bertukar dengan telco yang lain la kan?
Jadi, telco yang mana pilihan anda?