Namun menurut laporan Kosmo! Online, perkara tersebut bergantung kepada tahap kesihatan penyanyi berusia 28 tahun itu, kata pengurusnya Mohd. Asrul Abdul Talib.
“Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu. Jika pulih sepenuhnya, besar kemungkinan Nabila sendiri akan buat persembahan.
“Sejak awal lagi, dia mahu menyanyikan sendiri lagu berkenaan, tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pengurusan ambil keputusan supaya dia menarik diri,”
– Mohd. Asrul Abdul Talib
Difahamkan, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali itu mengalami masalah nodules iaitu sejenis penyakit berkaitan pita suara dimana masih mengalami bengkak pada bahagian tekak dan dalam proses untuk sembuh.
“Nabila tarik diri bukan suka-suka. Dia mendapat saranan daripada guru vokal seperti Datuk Syafinaz Selamat dan juga doktor pakar agar menarik diri daripada bertanding,” ujarnya.
Terdahulu, Nabila menarik diri dari SFMM35 yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu sekali gus mengundang kecewa segelintir peminat bagi melihat penyanyi itu sendiri menyanyikan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.
*Sumber: Kosmo!