in , , ,

Teka-Teki Bakal Suami Nabila Razali dalam KEBAYA KASUT KANVAS

Tanpa angin, tanpa ribut, penyanyi dan pelakon popular Nabila Razali dikhabarkan telah menerima lamaran kahwin. Penampilan baharunya dengan baju kebaya dan kasut kanvas juga mencetuskan perbualan hangat apabila Nabila Razali kelihatan sangat manis dan berseri-seri.

Segala persoalan itu bakal terjawab menerusi drama “Kebaya Kasut Kanvas” yang dibawakan khas oleh Samsung Galaxy A51, Flavettes Effervescent Glow dan McDonalds. Drama bersiri 10 episod yang diarahkan oleh Emi Suffian merupakan pembuka tirai buat slot Drama Pukul 6 di TV3, mulai 12 Ogos 2020 pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.00 – 7.00 malam. 

Drama Pukul 6 adalah slot drama baharu yang diperkenalkan oleh TV3 untuk mengetengahkan genre drama komedi romantik, berteraskan kekeluargaan dan ‘feel good’. Drama bersiri yang menghiasi slot ini mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri berbanding dengan drama yang sedia-ada di kaca TV. Kisah yang dikongsikan juga sangat dekat dengan penonton dimana ia juga merupakan cerita benar atau masalah harian yang dialami oleh anda.

KEBAYA KASUT KANVAS

Sinopsis Drama KEBAYA KASUT KANVAS

Kebaya Kasut Kanvas merupakan sebuah drama komedi romantis yang mengisahkan Suria (Nabila Razali) yang bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas. Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah (Rozita Che Wan) mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin. 

KEBAYA KASUT KANVAS

Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu. 

Sejak hari itu, Suria mula memerhati lelaki-lelaki di sekelilingnya. Siapakah kenalannya yang merupakan bakal suami sendiri? Mula-mula, Suria menganggap Gary (Fahrin Ahmad) yang membantu membetulkan komputer ribanya adalah bakal suaminya tetapi Gary hanya bersikap dingin dengan Suria. Tumpuan Suria beralih kepada Ameer (Malek Mccrone), pereka junior yang bekerja di butik pereka fesyen terkenal, Kaidan (Yusuf Hashim).

Tidak lama kemudian, Suria tertarik dengan keperibadian Ash (Ash Nordin), seorang penulis portal yang membuat ulasan untuk fesyen. Suria cepat mesra dan sangat senang dengan sikap peramah Ash. Walaupun mereka serasi, Suria tidak pasti sama ada Ash ialah bakal suaminya yang dicari.

Suria berusaha untuk mendapatkan jawapan daripada ibunya tetapi gagal. Sewaktu berjalan-jalan di luar, Suria dan Cik Pah terserempak dengan rakan sekerjanya, Taj (Sean LJE). Suria mula memikirkan Taj mungkin ialah bakal suaminya kerana ibunya mesra berbual dengan Taj. Walaupun begitu, Suria masih tidak yakin siapakah sebenarnya bakal suaminya. Masa semakin suntuk, beberapa jejaka yang muncul dalam hidupnya kemudian turut mengusik hatinya dengan tarikan tersendiri. 

Antaranya, Dr Zuki (Dr. Say Shazril), seorang doktor kacak yang merawat Suria ketika dia jatuh sakit, Daniel Hashim (Ikmal Amry) yang gemar dengan aktiviti gim, pengusaha cafe Mikail (Ismail Izzani), Que (Haqiem Rusli) iaitu seorang arkitek dan juga Ustaz Azim (Azrel Ismail) yang sudah mempunyai 2 isteri. Siapakah sebenarnya bakal suami kepada Suria? 

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Kebaya Kasut Kanvas yang dibawakan khas oleh Samsung Galaxy A51, Flavettes Effervescent Glow dan McDonalds di slot Drama Pukul 6 pada setiap hari Rabu & Khamis, pukul 6.00 – 7.00 malam di TV3 dan juga strim di laman portal www.tonton.com.my

Ikuti portal www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia di Instagram, Facebook dan Twitter  untuk dapatkan maklumat lanjut tentang program dan drama terkini TV3.

KEBAYA KASUT KANVAS
KEBAYA KASUT KANVAS
KEBAYA KASUT KANVAS
KEBAYA KASUT KANVAS
KEBAYA KASUT KANVAS

Mengenai TV3

Stesen TV No. 1 Malaysia sentiasa menghasilkan kandungan rancangan terbaik yang mencetus fenomena sepanjang 34 tahun bersiaran. Antaranya, drama bersiri – Nur dan Leftenan Zana, rancangan anugerah – Anugerah Juara LaguAnugerah Drama Festival Kuala LumpurAnugerah Bintang Popular Berita HarianAnugerah Skrin dan juga rancangan realiti seperti MentorBintang Bersama Bintang dan I Can See Your Voice MalaysiaBuletin Utama telah merekodkan jumlah tontonan tertinggi pada setiap hari manakala Saluran YouTube TV3 – @TV3MALAYSIAOFFICIAL bukan sahaja menghimpunkan rancangan-rancangan popular siaran TV3 malahan ia juga merupakan antara saluran YouTube yang paling tinggi langganan di Malaysia.

Mengenai tonton & XTRA

Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 8.4 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 20,000 ahli setiap minggu sehingga kini selepas 8 tahun pelancarannya pada tahun 2010. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Selain dari itu, dapatkan gosip terbaru dan tip gaya hidup anda melalui laman xtra (www.xtra.com.my), kini boleh dilayari menerusi web dan aplikasi tonton. Muat turun atau kemas kini aplikasi baru tonton dari Google Play & App Store hari ini atau layariwww.tonton.com.my.

About Samsung Electronics Co., Ltd.

Samsung inspires the world and shapes the future with transformative ideas and technologies. The company is redefining the worlds of TVs, smartphones, wearable devices, tablets, digital appliances, network systems, and memory, system LSI, foundry and LED solutions. For the latest news, please visit the Samsung Newsroom at http://news.samsung.com.

About Duopharma Biotech Berhad

Duopharma Biotech Group (“Duopharma Biotech” or “the Company”) began with the establishment of Duopharma (M) Sendirian Berhad in 1979. Duopharma Biotech was incorporated in 2000 and is today one of Malaysia’s leading pharmaceutical companies listed on the Main Market of Bursa Malaysia Berhad.

Duopharma Biotech has core competencies in the pharmaceutical industry inclusive of Manufacturing, Research & Development and Commercialisation & Marketing of over 300 generic drugs such as Omesec and Prelica as well as Consumer Healthcare (“CHC”) products including CHAMPS®, Flavettes Effervescent Glow®, PROVITON® and Uphamol, which are well-recognised and accepted by consumers in Malaysia, regionally and globally. The Company has also diversified into the biosimilars space with technology and commercialisation collaborations with credible and strong international partners.

Headquartered in Kuala Lumpur, Malaysia, Duopharma Biotech owns and operates three manufacturing plants in Klang, Bangi and Glenmarie, Selangor. Duopharma Biotech also has subsidiary companies in the Philippines and Singapore. A subsidiary of Duopharma Biotech Berhad has a representative office in Jakarta, Indonesia.

About Mcdonald’s Malaysia

McDonald’s is the world’s leading quick-service restaurant (QSR) brand, with approximately 36,000 restaurants worldwide, serving more than 70 million customers daily in more than 100 countries. Established in Malaysia in 1982, McDonald’s has 37 years of presence in the country, and serves over 13.5 million customers a month at 300 restaurants nationwide. McDonald’s employs 14,000 Malaysians in restaurants across the nation providing career, training and development opportunities.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ AC Mizal Hos Program Punchline DAC

Neelofa Jadi Duta Rantau Asia Tenggara Lancôme Yang Pertama