Menerusi entri Instagram, Jinggo juga mempersoalkan tujuan mereka memuat naik berkaitan arwah tersebut adakah kerana simpati atau sekadar untuk menaikkan pengikut di media sosial masing-masing sahaja.
Menurutnya, dia berpendapat perbuatan seperti itu secara tidak langsung dapat membuka ruang dan peluang buat pihak lain bercakap mengenai insan yang telah kembali ke Rahmatullah.
“Berhentilah, cukup-cukuplah kamu semua memuat naik gambar dan video arwah. Atas tujuan apa? Nak simpati? Atau nak naikkan pengikut di Facebook serta Instagram?
“Tahu tak kenapa anda perlu berhenti? Sebab bila habis kecantikan arwah di jaja, keburukan arwah pula jadi penyambung cerita!
“Bila habis kebaikan arwah di dewa-dewa, keaiban arwah pula akan bermula. Faham ke tidak kenapa perlu berhenti sekarang? Biarlah arwah damai di sana,”
– Jinggo
Mengulas lanjut, dia menegaskan semula agar warganet di luar sana tidak lagi menjaja kisah arwah demi kandungan media mereka.
“Arwah bukan lagu untuk didendang, bukan juga drama untuk diulang tayang.
“Cukuplah sehari dua berkongsi duka menzahirkan cinta mengenang jasa. Sudah-sudahlah semua sebelum sampai masa kita pula,”
– Jinggo
*Sumber: Utusan Malaysia