Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan suntikan kelainan dalam drama terbitannya dengan menyiarkan sebuah teater TV bertajuk “Nisya Khaleed” arahan Hisyamudin Ahmad, Unit Drama TV RTM pada
25 Disember ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.
Dibarisi sepenuhnya pelakon oleh graduan Universiti Sains Malaysia (USM) termasuklah pelakon utama Syahidatul Munirah Badrul Munir sebagai Nisya Khaleed dan Mohammad Haikal Mohd Nasir watak Zulkarnaen, ia turut dibantu Muhammad Nazrul Dzulkifli (Sofi Budiman), Faredh Rudy Agang (Imam Ramdhan), Noor Rizuwan Zolkepli (Abu Rahman Basir), dan Ahmad Shazli Hasim (Aris Sumasono).
Teater ke TV “Nisya Khaleed†Kongsi Insiden Pengeboman Berani Mati di TV1
Teater TV ini berkongsi plot utama antara kasih sayang, perjuangan dan pengorbanan, Nisya terus berpegang kepada sebuah kepercayaan bahawa tuhan sahaja yang berhak menentukan hidup mati seseorang manusia.
Kisahnya berkembang memaparkan kehidupan seorang wanita, Nisya Khaleed yang terperangkap dalam sebuah perkahwinan bersama suaminya Zulkarnaen seorang rakyat Indonesia yang terlibat dengan gerakan teroris di Asia.
Pada awal perjalanan Nisya hampir terpedaya dengan ideologi-ideologi yang mendasari kumpulan tersebut. Nisya dan suaminya turut menyertai gerakan militan di Lahore dan akhirnya dipaksa menyertai rangkaian pencabut nyawa sebagai pengebom berani mati yang ditugaskan bersama-sama suaminya untuk meledakkan sebuah Kelab Malam Terry Bar di kota Jakarta.
Ketika suaminya cuba mengikat bom rompi pada badan Nisya, Nisya mula terkenang akan nasib anak-anak meraka Rabiatul Adawiyah dan Amir Firdausi masing-masing berumur dua dan tiga tahun.
Nisya mempersoalkan adakah tindakan suaminya untuk mengebom diri sendiri serta menyebabkan ratusan nyawa orang tidak berdosa itu dianggap jihad. Nisya membantah tindakan suaminya, namun Zulkarnaen tetap dengan pendiriannya memilih jalan untuk mati dengan meletupkan dirinya di kelab malam itu atas nama jihad.
Untuk berkongsi kelainan ini, usah ketinggalan menyaksikannya hanya di TV1.