Komplikasi yang harus ditanggung oleh tiga beradik yang dibentukkan berbeza oleh suatu sistem yang dalam cerita ini disebut sebagai Bapak. Watak Helium Si Gas Nadir, Maseh Dara., dan Ptuih! mewakili watak masyarakat dunia yang telah terdidik sewajarnya sebagaimana kemahuan sistem tersebut.
Skrip yang membawa penonton berfikir amat kurang dalam persada teater negara dan membawa risiko yang besar dalam menarik minat pembeli-pembeli tiket namun Rumah Anak Teater mengambil cabaran tersebut atas kepercayaan kepada naskah “SuperPTUI! & Transit Kaler Magenta†karya Wan Azli Wan Jusoh.
“Cukup-cukuplah kita dibanjiri dengan skrip-skrip melankolik dan separa muzikalâ€, kata penerbit eksekutif Faisal Mustaffa.
“Penonton perlu bersedia untuk menerima pertunjukan yang membawa mereka berfikir dan berani mengkritik di akhir pementasan. Bukan terkesima dengan tarikan pementasan yang menonjol pelakon pujaan mereka di atas pentas mahupun persembahan muzikalâ€, tambah Faisal lagi.
Walaupun tidak memohon sebarang bentuk dana dan sengaja tidak memaparkan selebriti dalam projek teater terbarunya, Faisal percaya teater sebegini harus diberi pendedahan. Faisal juga berkata penonton di luar Lembah Klang juga berhak untuk menonton teater-teater sebegini secara langsung.
Teater SuperPTUI!: Ludahan kepada Sistem yang Berbeza-beza
SuperPTU! & Transit Kaler Magenta bakal dipentaskan di Panggung Pelanggang Cahaya, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 12-14 Disember 2014 akan datang dan dibarisi pelakon-pelakon seperti Botak Alhakeem (Ptuih), Rosmi Fazreen (MasehDara.) dan Fandi Che Hisham (Helium Si Gas Nadir). Ianya diarahkan oleh Wan Azli Wan Jusoh yang juga merupakan penulis kepada naskah tersebut.
Naskah yang sama juga telah dirancang untuk dipentaskan di PJLiveArts pada 5-7 Februari 2015 dan dalam perbincangan untuk mementaskannya di Jakarta.
Menurut Faisal, pementasan 5-7 Februari 2015 telah pun dipersetujui manakala pementasan di negara luar masih dalam peringkat perbincangan.
Naskah yang pernah dipentaskan pada 2006 dahulu menceritakan mengenai percubaan memecahkan Sindrom Stockholm yang membelenggu dan dibungkus dengan simbolisme. Teks ini cuba memberitahu bahawa mereka (kesemua kita) adalah mangsa. Superptui! & Transit Kaler Magenta adalah sebuah konsekuensi.
Skrip ini juga akan diterbitkan sebagai bahan bercetak melalui syarikat penerbitan buku independen Merpati Jingga yang sebelum ini pernah menerbitkan buku skrip Aku Manusia Berdosa karya Nur Ahmad dan Laut Lebih Indah Dari Bulan karya NamRon.