Pada malam ni Budiey dan team Youtuber BudieyBuddies dijemput untuk menonton sebuah teater berjudul SuperHero di Auditorium Muzium Negara Kuala Lumpur. Teater lakonan Along Eyzendy, Aqasha dan Zulin Aziz ini dipentaskan pada 17 hingga 21 Disember ini.
SuperHero berdasarkan kisah benar yang saya kumpul daripada kawan-kawan. Dengan tagline “hanya perlu percaya”, teater ini mengajak orang ramai percaya dengan diri sendiri untuk berjaya. Kejayaan tidak datang bergolek.
Antara mesej yang ingin disampaikan kepada penonton menerusi teater muzik yang bertajuk SuperHero ini ialah kejayaan tidak akan datang bergolek sebaliknya dengan pelbagai ujian dan cabaran. Ketabahan untuk menghadapi rintangan dan percayakan diri sendiri yang akan memberi kekuatan dalam sebuah perjuangan untuk menjadi manusia berjaya dan dihormati masyarakat.
Pementasan teater itu dipersembahkan Revolution Stage dengan kerjasama myHarapan. Ia adalah teater muzikal ketiga daripada Revolution Stage dan yang pertama bersama myHarapan (Yayasan Amanah Belia).
Menurut pengarah teater yang juga penulis skripnya, Khairunazwan Rodzi untuk pementasan ini, Revolution Stage mempertaruhkan bakat 15 anak muda yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Teater ini bermatlamat mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat awam di negara ini mengenai masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh golongan belia daripada komuniti ini.
Pementasan ini menampilkan Projek BB (Budak Baru); sebuah kumpulan yang juga ermula daripada bengkel asas teater anjuran myHarapan. Projek BB sebelum ini telah berjaya mementaskan dua teater muzikal iaitu Ramleefestasi dan SudirMania.
Bagi pementasan SuperHero ini, Projek BB bertindak sebagai mentor kepada peserta PPR selain turut terlibat sebagai pelakon. Tiket berharga RM45 dan RM35 (pembelian early bird bermula pada 25 November sehingga 2 Disember 2014). Untuk tempahan dan pembelian tiket, sila klik laman Facebook dan Twitter.