in

Teater Perang Terakhir Lakonan Sharifah Aleya

[dropcap]R[/dropcap]evolution Stage yang semakin giat dalam industri seni persembahan tempatan terutamanya teater bakal mementaskan naskhah teater terbaru bertajuk Perang Terakhir. Perang Terakhir adalah naskhah baru bagi tahun 2013, setelah Revolution Stage sebelum ini muncul dengan projek BANGKIT dan PENTAS BALIK yang memaparkan teater Ratna Kadhal, Tepuk Amai-Amai, Ramleefestasi dll.

PERANG TERAKHIR: ANTARA PERANG ZAHIR SESAMA MANUSIA DAN PERANG JIWA

Perang sedunia sudah berlaku, kau disini berkurungan masih menunggu?

[pullquote align=”right”]Teater Perang Terakhir akan dipersembahkan di Morne Art Gallery, Tingkat 10, Menara MARA, Jalan TAR, Kuala Lumpur pada 23 & 24 Mei 2013, jam 8.30 malam, 25 & 26 Mei jam 3 petang dan 8.30 malam[/pullquote]

Sinopsis: Perang Terakhir berkisar tentang Omar dan anaknya Rahimah yang berlindung daripada perang akhir zaman mengurung diri kerana takut menghadapi realiti di luar. Omar didatangi oleh kawannya, Malek yang membawa bekalan makanan dan berita dari luar. Malek membantu Omar atas sebab kenalan sejak kecil tetapi beliau tidak setuju dengan sikap Omar yang takut menghadapi kenyataan situasi sebenar. Jadi Omar hanya mendengar berita-berita dari Malek mengenai perkembangan semasa perang. Konflik tercetus apabila hadir gangguan daripada luar rumah membuatkan mereka bertiga berkurung di dalam rumah. Dalam tempoh mereka terperangkap di dalam rumah, membuatkan masing-masing mengenal sifat sebenar mereka dan berlaku beberapa pergelutan pemikiran dan fizikal sesama sendiri.

Khairunazwan Rodzy selaku penulis berkata,

“Perang Terakhir cuba membawa dan mengupas apakah rasional akal masih boleh diguna pakai ketika berdepan perang akhir zaman yang sememangnya semua tahu akan kedatangannya”. Omar dan Malek adalah 2 entiti yang punya pandangan berbeza akan perang yang dihadapi mereka. Menggalas tugas sebagai pengarah juga, Khairunazwan berkata “kekuatan Perang Terakhir adalah pada watak-watak Omar, Malek dan Rahimah yang mewakili semua manusia, jadi watak-watak ini harus dijayakan dengan baik oleh para pelakon.”

Amerul Affendi (Bunohan) dan Azman Hassan (Ratna Kadhal) masing-masing akan menjayakan watak Omar dan Malek. Selain itu, Perang Terakhir juga akan menampilkan pelakon yang sudah lama tidak muncul ke pentas lakonan iaitu Sharifah Aleya (Mukhsin, Teater Terima Kasih Cinta) sebagai Rahimah. Sharifah Aleya kini ialah seorang ‘deejay’ salah satu radio terkenal di Malaysia.

Teater Perang Terakhir akan dipersembahkan di Morne Art Gallery, Tingkat 10, Menara MARA, Jalan TAR, Kuala Lumpur pada 23 & 24 Mei 2013, jam 8.30 malam, 25 & 26 Mei jam 3 petang dan 8.30 malam

Perang Terakhir akan dipentaskan di Morne Art Gallery Tiket di jual pada harga RM25. Hubungi Arshad Adam (AA) 0179823272 atau Nik Afiq (NA) 0107603101 untuk pembelian tiket. Sila layari laman Facebook Revolution Stage, (kata carian: Revolution Stage) atau akaun twitter @RevolutionStage untuk maklumat lanjut.

Perang Terakhir Poster-Heart

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Mengapa Konsert Asia Super Showcase Ditunda

Program Realiti Gadis M2 Tiru American Next Top Model?