Kategori: Teater Muzikal
Tarikh: 28 Mei 08 – 14 Jun 08
Masa: 3.00 PETANG, 8.30 MALAM
Atas permintaan ramai, P.Ramlee The Musical kembali dipentaskan. Sebuah muzikal yang akan mengangkat kisah kehidupan Seniman Agung P. Ramlee. Zaman awalnya di Pulau Pinang, sehingga membawa ke zaman gemilangnya di Jalan Ampas. Muzikal ini akan menampilkan suka duka, pahit maung dan tawa ria P. Ramlee sebagai seniman yang sentiasa segar di hati peminatnya.
Tarikh Persembahan
28 Mei – 14 Jun 2008
Tempat Persembahan
Panggung Sari, Istana Budaya
Masa
3.00 Petang, 8.30 Malam
Untuk keterangan lanjut dan pembelian tiket, sila hubungi :
Hotline: 03-7711 5000
Laman Web Tiket: www.axcess.com.my
Atau layari laman web:
Kali ini, teater ini mempertaruhkan bakat Musly yang memikul tugas besar dalam menghidupkan watak P. Ramlee. Khabarnya, Tiara berpuas hati dengan pencapaian Musly setelah bersiap sedia selama enam minggu melalui latihan. Lakonan Musly benar-benar hidup seolah-olah P. Ramlee hidup semula. Sudah tentu ramai warga Malaysia tidak bersabar menunggu tarikh 28 Mei ini untuk menyaksikan magisnya teater muzikal P Ramlee The Musical.
Pada 17 hingga 19 Mei yang lalu, P. Ramlee The Musical (PRTM) telah dipersembahkan di Esplanade dan khabarnya menerima sambutan yang cukup membanggakan oleh rakyat Singapura. Kira-kira 6,000 penonton hadir untuk menyaksikan teater ini. Tahniah kepada semua krew dan pelakon atas kejayaan sambutan teater ini.
[tags]teater. theater, istana budaya, axcess.com, profile musly, liza hanim, Melissa Saila, Atilia, malay college, malaysia airlines stewardess, mazlin erawati, mckk alumni, ong kian meng, redza samsudin, rina azhar, singapore airlines, tunku tiara yasmin, lirik lagu bisakah, lirik lagu kumahu, Emelda Rosmila, aznil, hos jangan lupa lirik, alamat, bolos astro, Chedd Yusuf, sejarah p.ramlee[/tags]