Fakulti Teater Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan bangganya akan mementaskan teater NEO-DISIDEN inspirasi dari Tragedi Brutus dari karya sasterawan William Shakespeare. Pementasan ini akan diadakan selama tiga hari. Butiran seperti berikut :-
Tajuk: Teater ‘Neo-Disiden’
Tarikh: 19 Julai – 21 Julai 2019
Masa: 8:30 malam (19 – 21 Julai 2019)
: 3:30 petang (20 – 21 Julai 2019)
Tempat:Pangggung Eksperimen, ASWARA
Naskah tulisan Siti Jasmina Ibrahim ini merupakan arahan bersama oleh NamRon & Khairunazwan Rodzy, gabungan nama-nama pengiat seni yang terdiri daripada graduan dan alumni ASWARA yang telah mencipta nama dalam industri seni negara.
Antaranya Amerul Effendi, Rosdeen Suboh, Taiyuddin (Sallehuddin Abu Bakar) Along Eyzenndy, Akmal Ahmad dan beberapa nama baru yang aktif dalam seni samada teater mahupun dalam perfileman.
Teater NEO-DISIDENini telah diberi olahan baru dan diperkembangkan isunya bersesuaian dengan latar sosial dan budaya setempat.
Teater NEO-DISIDENini mengisahkan konflik, pertentangan dan pertempuran ideologi antara Brutus dan Cassius yang cuba mencari erti sebuah perjuangan, pertembungan ideologi Caeser, Brutus dan Cassius memperlihatkan persahabatan, persengketaan dan kesetiaan yang akhirnya mengorbankan maruah.
Oleh itu, kepada pengunjung yang hadir akan dikenakan tiket masuk untuk menonton pementasan teater NEO DISIDEN. Harga tiket seperti berikut:
TIKET | HARGA |
UMUM | RM 55/RM 35 |
PELAJAR | RM 25 |