in

Teater Muzikal Patung Kertas Musim Kedua Lakonan Jalaluddin Hassan

Teater Muzikal Patung Kertas musim kedua akan diadakan pada 23 April hingga 3 Mac depan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Dibintangi oleh Datuk Jalaluddin Hassan, Ashraf Muslim dan ramai lagi. 

Datuk Jalaluddin Hassan akan memperbaiki segala kelemahan dan mencantikkan lagi lakonannya dalam teater ini pada musim lepas. Beliau juga masih terikat dengan beberapa pementasan lain seperti teater ‘Muzikal Ibu Zain’ pada 13 hingga 22 Mac di sini, Bangsawan ‘Semerah Padi’ (10 hingga 12 April) di Panggung Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Muzikal Patung Kertas musim kedua yang diterbitkan oleh Bintang Emas Pictures (M) Sdn. Bhd. ini mengisahkan kembara seorang pemuda lembut, Adik Chu yang akhirnya menjadikan dia salah seorang kumpulan patung kertas (paper doll). Semuanya bermula apabila hubungan akrabnya dengan Abang Long yang menjadi idola Adik Chu. Melalui Abang Long, Adik Chu berkenalan dengan Adik Wan, Donny dan lain-lain anggota patung kertas di mana mereka berkongsi masalah dan pengalaman dalam mencari realiti kehidupan.

Melalui aktiviti patung kertas itu, mereka menganjurkan pertunjukan kebajikan untuk membantu pesakit-pesakit kronik hingga membawa perkenalan mereka dengan Abang Yus dan seorang kanak-kanak pengidap jantung. Muzikal ini sekali lagi diarahkan oleh pengarah Lokman Ghani manakala skripnya ditulis juga kali kedua oleh penulis skrip Wahid Nasir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bengkel Setiausaha Pembantu Peribadi Bersama Ifa Raziah dan Radhi Khalid

Erema Tuntut Fasakh, Seri Bayu Fail Pembelaan 22 April