Semalam (26 September 2007) telah berlangsung satu majlis sidang media pengumuman penaja Berjaya Corporation Berhad bagi Teater Muzikal P. Ramlee The Musical di Istana Budaya pada jam 3 petang. Media juga berpeluang melihat latihan rehearsal teater ini dengan lebih dekat. Terima kasih Enfiniti dan Istana Budaya kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti.
Enfiniti Productions sekali lagi mempersembahkan satu persembahan yang diharap dapat meletakkan dunia teater musikal Malaysia di satu tahap yang cukup membanggakan, sekurang – kurangnya menjadi satu tanda aras bagi penghasilan teater di Asia Tenggara.
Selepas kejayaan PGLM yang mendapat sambutan yang cukup hangat di Malaysia dan Singapura, Enfiniti Productions yakin “P.Ramlee The Musical (PRM)” mampu menghasilkan keajaiban yang mungkin melebihi PGLM. Dengan kos produksi yang mencecah jutaan ringgit, melebihi kos produksi PGLM. Tidak mungkin tidak, PRM pasti menghangatkan panggung teater di Malaysia dan Singapura dan memungkinkan produksi ini di bawa menjelajah ke negara – negara lain
Jika dilihat sambutan yang diberikan penonton, tiket – tiket untuk menonton PRM sudah 42 peratus terjual setakat tiga minggu sebelum tirai dibuka. Ini memperlihatkan, audien teater di Malaysia menunjukkan kematangan dalam memilih produksi yang bermutu dengan memberikan sokongan.
Enfiniti akan menjanjikan satu persembahan yang cukup mengagumkan dan memberikan peluang sekali seumur hidup kepada audien yang menyaksikan PRM ini. Â
Kata Datin Seri Tiara Jacquelina:
“Kali ini memang cukup mencabar, sebab produksi kita lebih besar. Teater ini adalah satu tribute, jadi mana boleh ambil mudah saja. Kita juga akan gunakan 12 set pada pementasan ini. Memang banyak set kena buat sebab kita akan paparkan perjalanan hidup P.Ramlee sejak di Pulau Pinang hingga ke Singapura… perjalanan hidupnya selama lebih 40 tahun. Keseluruhan lagu pula, kita ada 14 buah lagu baru ciptaan Dick Lee dan 13 buah lagu asal P.Ramlee. Semua lagu ini akan disusun semula oleh Erwin. Terus-terang saya katakan, saya memang makin hari makin gementar. Hari Raya pun saya rasa mungkin akan betul-betul saya sambut selepas selesainya pementasan ini nanti.”
P.Ramlee The Musical menampilkan Sean Ghazi sebagai P.Ramlee, Liza Hanim (Saloma), Datuk Siti Nurhaliza (Azizah), Melissa Saila (Norizan) dan Atilia (Junaidah).
Sebelum ini, Media Prima Berhad sekali lagi dilantik oleh Enfiniti Productions menjadi media rasmi untuk teater P.Ramlee The Musical ini. Media Prima akan memberikan tumpuan pengiklanan hebat dalam bentuk promosi melalui empat stesen televisyennya iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Beberapa program TV ditayangkan kepada penonton seperti program ‘Di Sebalik Tabir’ teater ini. Penonton akan dihidangkan dengan maklumat dan proses belakang tabir serta proses latihan yang berlangsung.
Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200 boleh didapati dengan menghubungi 03-20911666 atau tempahan secara online dengan melayari laman web www.ticket2u.biz
Sedikit kesamaan teater muzikal ini dengan Teater Muzikal Evita; teater muzikal P. Ramlee ada 90% muzikal dan 10% teater dan Evita lagi banyak elemen muzikalnya iaitu 99%… Bayangkan bagaimana mesej dan dialog boleh disatukan dalam rangkaian irama dan lagu… menarik bukan?
Baca artikel press release lain di sini.
[tags]Datin Seri Tiara Jacquelina, Berjaya Corporation Berhad, sponsor teater musical, Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, poster Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, gambar Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, pelakon Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, ulasan Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, review Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, Istana Budaya, Sean Ghazi, P.Ramlee, Liza Hanim, Saloma, Datuk Siti Nurhaliza (Azizah), Melissa Saila (Norizan), Atilia (Junaidah), ikea, dunia ilham anda, mee sedap, cara mencari penaja blog, sponsor blog, harga tiket teater p ramlee, youtube program tv teater muzikal tv3[/tags]