in

Teater Muzikal Mencorak Destini Perjuangan Maruah & Airmata

Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menganjurkan pementasan “Teater Muzikal Mencorak Destini – Perjuangan Maruah dan Airmata” pada 11 hingga 13 Jun 2014 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

[pullquote]Projek pementasan ini merupakan penilaian akhir pelajar Semester 6 Program Pengurusan Seni dan Program Teater. Ia juga merupakan sebahagian daripada program Minggu KaryaOne anjuran FiTA yang menawarkan pelbagai aktiviti akademik seperti wacana, bengkel, seminar dan persembahan; termasuk penayangan hasil-hasil kreatif pelajar FiTA.[/pullquote]

Menurut pengarah filem tersohor yang juga Dekan FITA, Professor A. Razak Mohaideen, pementasan teater muzikal ini memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar mendapatkan pengalaman hand-on di samping dijadikan projek penilaian beberapa subjek di FiTA. Pementasan ini bukan sahaja membantu pelajar mendalami ilmu penganjuran teater menerusi pementasannya. Ianya juga mempunyai kandungan skrip yang baik dan selaras dengan matlamat UiTM dan kerajaan.

Sementara itu, Pengarah Projek dan Pengarah Persembahan “Teater Muzikal Mencorak Destini – Perjuangan Maruah dan Airmata” Puan Aminah Abd. Rhapor berkata pementasan teater muzikal ini bukan sahaja untuk merekodkan perjuangan Yg. Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, FASc. tetapi juga untuk menyemaikan cinta kasihkan negara dan bangsa.

Teater muzikal ini mengisahkan tentang perjuangan mengubah destini seorang anak Melayu bernama Hamid yang lahir di dalam kemiskinan. Tahun 1960-an dan 70-an merupakan tahun-tahun kesukaran ekonomi orang Melayu yang terpaksa dilalui.

Peluang pekerjaan yang terhad, tahap pendidikan anak Melayu yang rendah dan negara yang menghadapi bahang 13 Mei 1969 menyebabkan manusia berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi walaupun terpaksa meminta-minta. Kemiskinan mengajar Hamid untuk memperbaiki diri, bercita-cita tinggi, membakar jiwa dan semangat sehingga menjadi salah seorang anak bangsa yang berjaya.

Beliau yang berjaya merempuh onak dan duri akhirnya berjaya membawa diri dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Sejak itu, beliau tekad untuk membantu mencorak dan memartabatkan destini anak bangsa menerusi Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kisah suka duka, pengorbanan, cita-cita, kecekalan, kepercayaan, rintangan, ketegasan, perjuangan, semangat dan kejayaan ini diharapkan menjadi panduan, harapan dan pembakar semangat dalam melahirkan Anak Bangsa ke arah pembangunan diri, ilmu pengetahuan, memajukan masyarakat, cintakan budaya dan bangsa serta cintakan negara.

Tiket pementasan berharga RM50, RM40, RM20 dan RM15 boleh didapati di Fakulti Filem, Teater dan Animasi. Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman sosial “Teater Muzikal Mencorak Destini – Perjuangan Maruah dan Airmata” di https://www.facebook.com/muzikal.destini dan https://twitter.com/muzikaldestini atau hubungi Puan Raja Aminah (Pengurus Pemasaran dan Publisiti) di talian 016-2782703.

TEATER

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farish Aziz Buat Liputan di Brazil Untuk Suria FM

Pengalaman Budiey Guna Aplikasi Shawn Cutler