Pada 4 November lalu, satu sidang media Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad telah diadakan di Istana Budaya. Antara yang hadir ialah pelakon utama teater ini iaitu Raja Azura atau lebih dikenali dengan nama Kak Engku. Budiey kira, satu usaha dari IB untuk melahirkan generasi baru dalam dunia teater dengan mengadakan teater kanak-kanak. Boleh dikatakan setiap tahun Istana Budaya mementaskan teater sebegini. Kalau tahun lepas, IB telah mementaskan teater Aladdin yang dilakonkan oleh Faizal Ismail tetapi kali ini penyampai Sinar FM pula akan berlakon di pentas IB pula.
TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD
Tarikh Persembahan
2 – 13 Disember 2008
(TIADA PERSEMBAHAN PADA 7, 8 & 9 DISEMBER)
Persembahan Malam
(2 – 6 Disember, 10 – 13 Disember)
8.30 Malam
Persembahan Matinee/Petang
(6 & 13 Disember)
3.00 Petang
Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya
Tiket
RM20, RM30 & RM50
Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel: 03-4026 5558
Laman Web: www.istanabudaya.gov.my
Waktu Operasi:
9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja)
9.00 Pagi – 1.00 T/Hari (Sabtu)
Pembelian Tiket (Online)
www.ticket2u.biz Tel: 03-4149 8600
SINOPSIS TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD
SINBAD, seorang pelayar yang amat terkenal dengan kebijaksanaan dan keberanian. Beliau mempunyai hubungan persahabatan yang sangat akrab dengan anak Raja, iaitu Putera Zariq, namun mencemburui baginda kerana memiliki kemewahan serta kemampuan memperolehi apa sahaja dalam sekelip mata.
Dewi Bencana dari Maya Bencana sangat gemar mempermainkan manusia di dunia. Suatu hari dia bercadang mahu mempermainkan Sinbad. Baginya Sinbad adalah musuh utama kerana setiap kali belayar, Sinbad dapat mengharungi dan menewaskan segala bencana yang dialaminya ketika di lautan.
Dewi Bencana telah menyamar sebagai Sinbad dan mencuri Kitab Damai kepunyaan Raja Mikraj. Sinbad telah ditangkap dan dituduh mencuri Kitab tersebut dengan bersaksikan pengawal istana. Sinbad menerangkan Dewi Bencana yang punya angkara, malangnya tidak dipercayai oleh Raja Mikraj, iaitu ayahanda Putera Zariq. Sinbad dijatuhkan hukuman.
Atas rasa persahabatan yang sangat kuat, Putera Zariq mempercayai kata-kata Sinbad. Dia dibebaskan dengan syarat harus belayar ke Maya Bencana untuk mendapatkan kembali Kitab Damai tersebut sebagai membuktikan kebenaran kata-katanya. Sebagai ganti, Putera Zariq sedia menjalani hukuman untuk sementara dengan jaminan sekiranya Sinbad tidak berjaya, baginda sedia dihukum.
Puteri Nursaibah, sahabat Putera Zariq tidak mempercayai kejujuran Sinbad, lalu mengekorinya dalam pelayaran. Sepanjang pelayaran itu berbagai cabaran dilalui dan segalanya dapat ditempuhi dengan semangat kerjasama dan saling mempercayai walau pun sebenarnya Sinbad telah ditawarkan upah berganda oleh Puteri Nursaibah.
Raja Azura
Sinbad