in

Teater Muzikal Jersey Boys Gegar Istana Budaya

Broadway yang paling berjaya dan memenangi pelbagai anugerah muzikal dalam sejarah, Jersey Boys, akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 15 hingga 27 April ini.

Pementasan yang pernah ditonton oleh lebih 18 juta orang di seluruh dunia itu didatangkan secara langsung dari New York. Walaupun ia menampilkan pelakon untuk tour, tapi keasliannya tetap terjamin.

Teater Muzikal Jersey Boys Gegar Istana Budaya

[pullquote]Konsert Jersey Boys menampilkan lagu-lagu Frankie Valli dan The Four Seasons. Lagu-lagu tahun 1960-an ini sememangnya penuh nostalgia dan mempunyai kepentingannya buat Malaysia, kerana pada masa itulah Malaysia berkembang maju sebagai sebuah destinasi pelancongan yang baharu. Persembahan ini pasti akan melengkapkan inisiatif bagi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.[/pullquote]

Dianjurkan oleh Milestone Production Sdn Bhd, Jersey Boys menggambarkan kisah benar kehidupan dan lonjakan luar biasa hingga mencapai kemasyhuran satu daripada kumpulan muzik yang paling berjaya dalam sejarah muzik pop Amerika iaitu Frankie Valli dan kumpulan The Four Seasons.

Frankie Valli, Bob Gaudio, Tommy DeVito dan Nick Massi menulis sendiri lagu-lagu mereka dan menjual 175 juta rekod di seluruh dunia, semuanya sebelum mereka mencapai usia 30 tahun. Mereka boleh jadi inspirasi kepada anak muda yang berminat dalam bidang muzik.

Persembahan ini bermula di Broadway pada 2005 dan sejak itu, 3,000 persembahan yang masih fullhouse diadakan. Jersey Boys adalah persembahan ke-14 yang paling lama diadakan dalam sejarah Broadway.

Menurut Grace Lee, Pengarah Urusan Milestone Production Sdn Bhd:

“Dalam usaha berterusan kami untuk memperkenalkan produksi teater terkemuka dunia dan produksi terbaik ke Malaysia, kami bangga untuk membawa muzikal Broadway yang memenangi pelbagai anugerah ini ke negara kita. Selain membawa persembahan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia, kami berharap ia juga akan membantu meningkatkan pelancongan negara kita.

“Kami percaya rakyat Malaysia semakin menggemari persembahan teater secara langsung dan adalah menjadi harapan kami bahawa dengan lebih banyak persembahan bertaraf dunia seperti ini , Malaysia akan diiktiraf sebagai hab seni persembahan di rantau ini yang sekaligus dapat melonjakkan lagi tarikan pelancongan negara kita.

“Jersey Boys adalah persembahan teater yang amat bertenaga dengan muzik yang sungguh luar biasa. Rakyat Malaysia dan peminat muzik tidak perlu pergi jauh ke Broadway atau West End untuk menonton persembahan ini kerana pesembahan di sini bakal menampilkan pengalaman yang serupa. Oleh itu, tontonilah fenomena antarabangsa ini yang membawa keunggulan Broadway.”

Dalam usaha untuk membawa sensasi Broadway yang diiktiraf antarabangsa ini ke Malaysia, Milestone Production berasa bangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Connoisseur Lifestyle (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Tourism Malaysia dan Lembaga Tahun Melawat Malaysia 2014 di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Istana Budaya dan Vistana Kuala Lumpur.

Tiket kini boleh didapati di semua saluran Ticket Charge. Harga tiket adalah dari RM200 hingga RM680. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan tiket, sila layari www.ticketcharge.com.my.

Teater Muzikal Jersey Boys Gegar Istana Budaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Sidang Media Konsert Ziana Zain

Top 10 Trending People in March 2014