Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam akan mementaskan teater Mata Ringgit pada 9 Disember pada jam 8.30 malam, 10 Disember 3.00 petang dan 11 Disember pada jam 3 petang dan 8.30 malam. Pementasan ini akan dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Teater Mata Ringgit ini adalah sebagai projek penilaian akhir semester 6 di Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Pengarahan), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Lakon), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Sinografi) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Pengurusan Industri Kreatif). Nurul Ain Othman adalah pelajar yang di nilai dari aspek pengarahan, manakala, Noor Atiqah Zulkifli, Muhamand Aznujaimie Mustafa dan Mohd Hairul Anuar Misran dinilai dari aspek Lakonan. Seterusnya pelajar yang dinilai adalah Hana Abdul Samad, dinilai dari aspek Rekaan Kostum dan Nadia Zainal-Abiddin dinilai dari aspek Perhubungan Awam.
Kesemua pelajar yang dinilai dari aspek pengarahan dan lakonan adalah di bawah seliaan pelakon pentas yang tidak kurang hebatnya iaitu Norzizi Zulkifli. Manakala, Hana Abdul Samad dinilai oleh pensyarah Nur Afifi Taib dan Nadia Zainal-Abiddin dinilai oleh pensyarah Datin Noraini Ahmad Shariff.
Iskandar cuba mendekati Mona yang cantik dengan pelbagai muslihat, antaranya membeli satu meter persegi perkarangan rumah Mona, seterusnya membeli marmar dan yang paling dasyat apabila Iskandar mahu membeli tempat tidur Mona. Setelah mengetahui suami Mona sakit dan terlantar di hospital akibat kanser lidah, Iskandar mempunyai muslihat terakhir dengan mengatakan lutut Mona akan berdarah sekiranya Mona berdiri dan terus mengajak Mona duduk dan berbaring bersama di atas katilnya.
Dalam masa yang sama, Mona juga dibelenggu oleh tiga cucu saudaranya yang menuntut wang dan harta pusaka suami Mona. Mona menafikan wang dan harta pusakan itu ada padanya dan ketiga-tiga cucu saudaranya tidak percaya dan mengugut akan membunuh Mona Apakah kesudahan Iskandar, adakah Iskandar berjaya menundukan Mona? Apakah Mona berjaya menumpaskan cucu saudaranya yang mahu menuntut wang dan harta pusaka suaminya?
MATA RINGGIT
TARIKH
9 Disember 2011, 8.30 malam
10 Disember 2011, 3 petang
11 Disember, 3 petang & 8.30 malam
LOKASI
Pusat Perlancongan Malaysia (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur
TIKET
RM 10
TEMPAHAN TIKET
Nadia: 012 623 4461
Adila: 017 748 5084
Gigie: 013 340 9335
SINOPSIS

PENGARAH
Pengarah Mata Ringgit, Nurul Ain Othman, lahir pada 16 September 1987 dan berasal dari Negeri Sembilan. Setelah tamat sahaja sekolah menengah di SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Ain menyambung pelajarannya di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UiTM dalam bidang Seni Lakon dan kemudian meneruskan pengajian ijazahnya di fakulti yang sama dalam bidang Pengarahan.
Sangat berbakat dan serba boleh, Ain menghabiskan cuti semester dengan mengaktifkan diri dalam bidang seni. Antaranya, dia pernah menjadi Penolong Pegarah Teater Siti Di Alam Fantasi di Istana Budaya (2010), Pengarah Teater Tun Razak (2010) di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Pengarah Teater Ei Ei O O Budi di Lalang (2010), Pengarah Ejen Penny dan Ejen Will Power (2008).
Ain juga tersenarai sebagai finalis Pelakon Pembantu Terbaik Festival Kuala Lumpur pada tahun 2008. Ain juga pernah berlakon di dalam teater Rumah Kedai Di Jalan Seladang (2010), Pentas Opera (2008), Sirah Junjungan (2008) dan Roh Anai-Anai (2008).
Bukan setakat bakat lakonan, Ain juga mempunyai bakat di dalam bidang suara dimana, Ain menjadi ahli vokal esemble dalam Teater Muzikal Uda Dara (2010), Intan Yang Tercanai (2009), RAM (2007), Medea (2007) dan Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu (2006).
Ain juga menimba ilmu di bidang seni dengan membuat latihan amali atau praktikal di Pusat Pelancong Malaysia (MTC) pada sesi diploma dan seterusnya di Siti Di Alam Fantasi (SDAF) untuk sesi Ijazah Sarjana Muda. Ilmu di alam diploma dan Ijazah Sarjana Muda di tambah pula ilmu latihan amali yang membuatkan Ain bersemangat dan berkobar-kobar untuk mengarah teater Mata Ringgit sebagai Projek Ilmiah.
Bakat Ain tidak terhenti diatas pentas mahupun di belakang takbir Ain juga mempunyai bakat dalam dunia seni kulinari. Ain terkenal dengan masakan lemak cili api nya yang juga hidangan istimewa tempat asalnya. Iaitu Negeri Sembilan.