Teater arahan Zaifri Husin dan hasil karya Sasterawan Negara ke-7, Datuk Noordin Hassan ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 13 hingga 21 Jun ini turut dibintangi pelakon popular, Tony Eusoff sebagai Juda, Shaharuddin Thamby (Hawar) dan Azizah Mahzan (Mira).
Mana Setangginya akan dipentaskan dari 13-21 Jun 2009 pada pukul 8.30malam di Panggung Sari, Istana Budaya. Semua tiket berharga RM30, RM50, RM70 dan RM100.
Mana Setangginya dikatakan sebuah naskhah yang hebat dan mampu mencipta sejarah drama Malaysia. Jom dapatkan tiket anda sekarang!
Sinopsis Teater Mana Setangginya
Penduduk sebuah perkampungan nelayan menyara hidup dengan menangkap ikan dan menjual hasil ponhon setangginya. Nelayan ini dilarang untuk menangkap ikan pada hari Sabtu, iaitu hari beribadat.
Kumpulan nelayan yang derhaka di bawah pimpinan Hawar telah berpindah ke atas bukit. Walaupun hidup mewah, mereka melanggar perintah. Kedatangan Uzza selaku orang asing telah membawa falsafah baru dalam kehidupan mereka.
Juda, iaitu anak Hawar mengahwini kekasihnya Iriam, iaitu anak Ibra. Tetapi Silbi dan Subhat menabur fitnah akan asal usul Iriam. Juda bermuka-muka akan kebaikannya untuk mengaburi penduduk kampung. Lalu, dia dan ayahnya mengiktirafkan kedudukan mereka sebagai ‘raja’.
Paderi yang menasihatkan Hawar dan Juda telah ditangkap oleh Uzza. Ibra dan Iriam datang membebaskan paderi tapi telah dikenakan syarat 10 bakul ikan sebagai tebusan. Iriam juga diserahkan kepada Uzza dengan persetujuan Juda.
Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dashyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar. Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya.