in

Teater Makyung Endeng Tejeli di Istana Budaya 25 & 26 Jan

Pada malam tadi (24 Januari 2008, Khamis), Budiey dan Azwan telah menghadiri satu full dress rehearsal untuk persembahan Makyung di Istana Budaya. Terima kasih kepada Istana Budaya kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti. Walaupun tumpuan kami kepada dunia selebriti, kami tidak lupa untuk mempromosikan akar budaya keseniaan Malaysia.

Budiey memang meminati Makyung kerana memang kesenian Makyung sudah ada tertanam sekian lama dalam diri anak jati Kelantan seperti saya. Memang minat dari dulu lagi. Walaupun ada beberapa patah kata loghat Kelantan yang Budiey sendiri tidak faham tetapi masih boleh dilayan lagi. Sebabnya, bagi Budiey Makyung ada elemen hiburan dan lawak jenaka di dalamnya. Cuma kadangkala rasa nak tertidur juga masa tarian Mengadap Rebab… macam nak mengulit pun ada sampai si Azwan pun lena huhu…

Kepada pembaca yang minat dengan persembahan Makyung, Istana Budaya akan mempersembahkan Makyung Endeng Tejeli pada 25 dan 26 Januari bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya. Tiket yang dijual sangat murah iaitu RM10 dan RM20. Makyung yang dipersembahkan oleh lakonan mantap dari Rosnan Abd Rahman dan Artis Istana Budaya ini diarahkan oleh Fatimah Abdullah.

Sinopsis Makyung Endeng Tejeli
Endeng Tejeli telah dipasung di Gua Tegayung kerana rupa parasnya yang tampan. Ketampanannya amat luar biasa sekali sehinggakan dia digilai oleh sekalian anak dara dan juga isteri orang. Di Negeri Kota Lama pula, tiga adik beradik  terdiri daripada Raja Sulung, Raja Tengah dan Raja Bongsu masing-masing ingin menjadi Raja.

Pertarungan berakhir dengan kemenangan Raja Sulung, dan dia ditabalkan menjadi Raja Besar memerintah Negeri Kota Lama. Raja Tengah dan Raja Bongsu berasa aib dan malu, lalu membawa diri ke dalam hutan. Raja Bongsu termakan sebiji telur dan dia bertukar menjadi Nenek Sepet Petala Naga, manakala Raja Tengah pula  bertukar menjadi Raja Gergasi.
Raja Sulung dalam tidurnya telah bermimpikan seorang puteri yang cantik jelita, bernama Puteri Gak Petra. Dia ingin memperisterikan puteri tersebut. Wak Nujum pun dipanggil ke istana. Mengikut Wak Nujum hanya Endeng Tejeli yang boleh mengambil Puteri Gak Petra dari jagaan Nenek Sepit Petala Naga.

Berjayakah Endeng Tejeli mendapatkan Puteri Gak Petra? Apakah pula yang terjadi kepada Negeri Kota Lama dan Raja Sulung? Pementasan Endeng Tejeli akan menjawab segalanya.

[tags]how to persuade people, joe girard, leadership, life transformation, mental programming, midas touch, millionaire mindset, motivation blog, nac 2008, national achievers congress 2007, nlp, qualities of leaders, rich dad poor dad, nasa training af6, akademi fantasia, akademi fantasia 6, aznil nawawi, gambar lesbian amylia adnan af3, mawi gay, melayu lesbian, national hari raya open house, pengacara akademi fantasia 6[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Showcase Nidji Top Up Tour di Ruums KL

Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur