Teater Korupsi Dewan Semandung arahan Khir Rahman akan dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Februari ini di Panggung Sari, Istana Budaya. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin buat pertama kalinya bakal beraksi di Istana Budaya menerusi pembabitannya dalam teater tersebut.
Selain Mohd Asri, barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan tersebut ialah Vicha, Tauke, Man Raja Lawak, Mark Adam, Joey Daud, Azrul Chemat, Tapai dan Chiwan serta pelakon baharu, Hanna Halim.
Teater itu diterbitkan Ogy Ventures & Network Sdn Bhd milik pelakon terkenal, Ogy Ahmad Daud.
Teater yang mengangkat genre komedi seram itu akan dipentaskan selama tiga hari bermula 28, 29 Februari hingga 1 Mac 2020.