WAKTU & TARIKH
8.30 malam
22 hingga 24 Februari 2008
TEMPAT
Panggung Bandaraya Kuala Lumpur
Jalan Sultan, Kuala Lumpur (bersebelahan Bangunan Sultan Abdul Samad)
MASUK ADALAH PERCUMA!!
PENGARAH
Fauziah Nawi
SKRIP & MUZIK
Iryanda Mulia
KOREOGRAFI
Asmawati Samawi & Irfan Poizi
PEREKA CAHAYA
Pitt Haniff
PEREKA SET
Anna Marianna Shamsuddin
PESERTA:
1. Raihan Jamil sebagai Lanang.
(Tok Rimau di dalam “Muzikal Tok Rimau” dan Pemuda di dalam teater “Perjalanan Bu Aminah”)
2. Ashrin Abd Azim sebagai Masitah
(Misah di dalam “Opera Ayu Cendana”, Arfah di dalam teater Lorong Blues)
3. Shahizal Arshad (finalis Bintang RTM)
4. Wan Yuzaini Yahya
(Normah Buluh Perindu di dalam Muzikal Orang Kota baru)
5. Jihan Musa
(Linda di dalam Lorong Blues”)
6…. Dan beberapa pelakon baru dari bengkel teater Stefani 2007.
SINOPSIS – KLku
Lanang datang ke Kuala Lumpur kerana tidak sanggup menerima desakan majikannya, Wak Suparman yang mahu menjodohkan anaknya Masitah seorang Pengurus Kilang yang ditinggalkan suami. Lanang tidak bersedia untuk berumah tangga. Di Kuala Lumpur Lanang merasa bebas serta lebih banyak berhibur dari bekerja. Lanang terpaksa bekerja keras untuk menyara kehidupan mewahnya. Dia merasa letih dan rungsing. Di tempat kerja prestasi kerjanya menurun, Lanang merasa beban dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Tuan Besar. Lanang akhirnya menghasut pekerja untuk mogok.
Dia bertemu Muhammad Arkib bin Sulaiman Sadoor yang telah memperalatkannya untuk mencari keuntungan melalui jalan pantas. Berita kematian kedua orang tuanya mencetuskan satu rasa kesedaran mengenai kehidupan lalu Lanang kembali merenung kepada peristiwa-peristiwa hitam-puteh yang telah dilaluinya. Lanang akhirnya sedar yang dicari dalam hidup bukanlah kebebasan tetapi mencari suatu tanggungjawab yang memunafaatkan diri, keluarga dan masyarakat.
Karya Iryanda Mulia
Arahan Fauziah Nawi
Teritan Stefani dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
[tags]teater sarawak, fauziah nawi, blog tok rimau, shahizal, jihan musa, muzikal, gossip teater, filem 2009, kuala lumpur, pilihanraya, barisan nasional parti, keadilan kalah, pas menang, pemerintahan malaysia, sinopsis teater kl [/tags]